Minda Pimpinan | Islam Dihina ! Bagaimana Kita ?!







بسم الله الرحمن الرحيم

اَلْحَمْدُ لله على نعمته فى شهر رجب, الذى جعلنا من المسلمين الكاملين, وأمرنا باتباع سبيل المؤمنين, وأشْهَدُ أَنْ لَا إله إِلَّا الله وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ الحق المبين وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ الصادق الوعد الأمين, اللهم صَلَّى عَلَى سيدنا محمد وَعَلَى أله وَصَحْبِهِ أجمعين, وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا.

Segala puji bagi Allah, kepada-Nya kita meminta pertolongan atas urusan-urusan duniawi dan agama, seiring doa serta keselamatan semoga tercurah atas Rasul yang termulia, Nabi kita S.A.W. dan keluarganya, para sahabat, para tabi’in, dan yang mengikuti mereka dengan baik hingga hari kiamat.


Nabi S.A.W. berpesan kepada umatnya akan suatu fenomena akhir zaman:


 يَأْتِيْ عَلَىْ النَّاسِ زَمَانٌ يُخَيَّرُ الرَّجُلُ فِيْهِ بَيْنَ العَجْزِ وَالفُجُوْرِ، فَمَنْ أَدْرَكَ ذَلِكَ مِنْكُمْ فَلْيَخْتَرِ العَجْزَ عَلَىْ الفُجُوْرِ

"Akan tiba suatu masa seseorang terpaksa memilih antara digelar kolot ataupun menjadi pelaku kemungkaran. Barangsiapa yang sempat dengan masa tersebut maka pilihlah untuk digelar kolot."
(HR Ahmad dan Al-Hakim)

Islam hari ini dipandang dengan pelbagai pandangan negatif. Kononnya ajaran Islam sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh diterima logik akal sebagai ideologi dan falsafah yang boleh menyelesaikan masalah dunia. Walaupun ideologi yang ada hari ini juga gagal, namun masyarakat dunia lebih yakin berbanding ajaran Islam.

Dapat dikaitkan juga dari pengajaran yang dapat dipetik dari kisah Nabi Saleh A.S. ialah bahawa dosa dan perbuatan mungkar yang dilakukan oleh sekelompok kecil warga masyarakat dapat memberi akibat negatif yang membinasakan masyarakat tersebut.

Lihatlah betapa kaum Tsamud menjadi binasa, hancur bahkan tersapu bersih dari atas bumi kerana dosa dan pelanggaran perintah Allah yang dilakukan oleh beberapa orang pembunuh unta Nabi Saleh A.S.

Di sinilah letaknya hikmah perintah Allah S.W.T. agar kita melakukan amar makruf nahi mungkar. Jika melakukan tugas amar makruf nahi mungkar yang menjadi fardu kifayah itu, tidak berhasil mencegah kemungkaran yang terjadi di dalam masyarakat dan lindungan kita, kita telah membebaskan diri dari dosa menyetujui atau merestui perbuatan mungkar itu.

Bersikap pasif acuh tak acuh terhadap maksiat dan kemungkaran yang berlaku di depan mata dapat diertikan sebagai persetujuan dan penyekutuan terhadap perbuatan mungkar itu.

Firman Allah S.W.T. :


وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ المُفلِحُون

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” 
(Surah Ali Imran : 104) 

Akhir kalam, pesanan Imam Syafie bilamana ditanya oleh anak muridnya adalah sekiranya kamu mengetahui, kamu carilah pimpinan yang banyak panahan fitnah yang menuju kepadanya. Maka kamu ikutlah pimpinan yang difitnah banyak itu kerana sesungguhnya dia sedang berjuang dijalan yang benar.

Wallahua'lam.


Nurul Amirah Binti Anuar
Bendahari HEWI Sesi 2018/2019

“Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan”
“Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah”
“Bersama Bersatu”
“Biah Berkualiti”
“Fikrah dan Thaqafah Islamiah”




Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963