Minda Pimpinan | Gempa Bumi di Sulawesi





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله وأصحابه
ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أللهم صل على سيدنا محمد. أما بعد،

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia dan inayah-Nya kerana masih memberikan kita peluang dan keizinan untuk merasai pelbagai nikmat dan nikmat yang paling terbesar dalam hidup kita iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalan-Nya yang benar.
Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang menimpa rakyat Sulawesi yang begitu dasyat. Mengapa itu boleh terjadi?
Dengan ombak setinggi 18 kaki (5.48 meter) pada Jumaat ‘mencuci’ seluruh kawasan berpantai di Sulawesi dengan daerah Palu dan Donggala menerima kesan yang paling teruk. Gempa bumi dan ombak tinggi berkenaan meragut sehingga kini 1200 nyawa di pulau berkenaan yang didiami sekitar 17 juta orang. Bukan sahaja mengorbankan nyawa yang ramai, bencana yang sama juga turut memusnahkan harta benda dengan beribu-ribu premis kediaman, hotel dan perniagaan.
Bencana tsunami yang berlaku itu berasal daripada gempa kedua berkekuatan 7.5 magnitud. Kebanyakkan korban dicatat berlaku di kawasan Palu, bagaimanapun pasukan penyelamat sehingga kini masih gagal untuk mengakses beberapa kawasan yang terjejas disebabkan berlaku pelbagai halangan seperti jalan raya yang rosak dan sistem telekomunikasi yang musnah.

Malah, dianggarkan sekitar 15 gempa susulan turut berlaku di daerah-daerah Sulawesi. Semalam, Indonesia mengeluarkan satu kenyataan di mana semua mangsa-mangsa yang terkorban akan dikebumikan di dalam satu kubur besar.
Rasulullah Saw bersabda: "Barangsiapa yang tidak mengambil berat tentang perihal saudara islam yang lain, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka." (Riwayat Muslim)

Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang muslim untuk mengambil tahu serta bermunajat kepada Allah atas kejadian yang berlaku terhadap saudara kita walaupun jarak memisahkan kita. Tiada alasan untuk kita mengendahkannya.
Semoga saudara kita yang ditimpa musibah kuat dalam menghadapi ujian serta semoga Allah memberikan mereka jalan keluar dari segala kesulitan.
Kita mungkin tidak mampu menolong jarak dekat dek jauh beribu batu cukuplah doa dikirim sebagai penolong, doa adalah sebagai senjata orang beriman sepertimana yang disebut oleh Nabi S.A.W. Semoga amalan kita diterima oleh Allah S.W.T sebagai pemberat timbangan kebaikan kita di akhirat kelak. Wallahua'lam



Malyanah Sakinah Binti Mohd Shukri

Bendahari HEWI BKPPPM sesi 2017/2018
"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Fikrah Thaqafah Biah Wehdah"

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963