Minda Murabbi | Perang Senjata VS Perang Pemikiran









Ghazwul Fikri, adalah perang pemikiran iaitu serangan dengan berbagai cara terhadap pemikiran umat islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telah bercampur aduk dengan hal yang bertentangan dengan syariat. Ini adalah cara musuh Islam menghancurkan kaum muslimin yang jauh berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikal yang lebih soft, jimat masa dan wang bahkan lebih efektif dari perang militer yang banyak mengerah tenaga.
Perang pemikiran ini dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukan brain-wash kepada kaum muslimin agar tunduk dan mengikuti cara hidup kaum muslimin.
Hal ini disebabkan sukarnya mengalahkan umat Islam secara militer. Invasi militer ini memakan biaya dan korban yang besar. Perang di Afghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkan dan menguasai Negara umat Islam, sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untuk mengalahkan kaum muslimin yang hasilnya membuahkan penjajahan era baru terhadap dunia Islam.
Perang dengan Ghazwul Fikr, biayanya jauh lebih rendah, kerana tidak perlu membeli peralatan ketenteraan. Yang diperlukan hanya menyebarkan fikrah yang mereka usung keseluruh belahan dunia dengan tujuan imperialisme-kolonialisme. Cara ini mampu melumpuhkan umat muslim sampai ke akarnya. Media Massa dimanfaatkan dengan maksimal untuk menyalurkan pemikiran dan doktrin busuk mereka supaya terlihat indah dan menawan. Antara contoh jenis pemikiran yang songsang tetapi telah berjaya membutakan mata kaum muslim ialah Liberalisme yang mengangkat kebebasan, hedonisme yang bermatlamatkan keseronokan tanpa had serta sekularisme yang memisahkan agama dan pemerintahan.
Ghazwul Fikr juga lebih mudah dilakukan kerana adanya bantuan kaki tangan mereka dari kalangan munafiqin yang berkolaborasi menyebarkan virus pemikiran yang sesat dengan slogan-slogan yang mampu menarik minat umat islam, seperti kebebasan berpikir, toleransi, human right, dan sebagainya. Pemimpin Negara islam yang berkiblat pada barat dengan mudah dikawal bahkan dijadikan boneka mereka dengan menjalankan pemerintahan di bawah perintah asing. Inilah cengkeraman baru barat di dunia islam.
Jelas, Ghazwatul Fikr merupakan peperangan era baru yang sangat berbahaya kerana sukar dihidu umat islam dan seolah berselindung disebalik hak kemanusiaan. Umat islam perlu bijak dan menjadikan ilmu sebagai senjata berhadapan dengan peperangan ini.
Nurul Asyiqin Binti Sazali
Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan BKPPPM sesi 2017/2018


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL