LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA (SAHARA ’16)






LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL ADHA  (SAHARA ’16)

KAHERAH- AHAD,19 SEPTEMBER 2016 –Hari Raya Eidul Adha merupakan salah satu hari kebesaran umat islam yang diraikan setiap tahun bagi memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ismail a.s dan ayahndanya Nabi Ibrahim a.s. Di kesempatan itu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menganjurkan satu program khusus bagi meraikan anak-anak Pulau Pinang yang diberi nama Sambutan Hari Raya Eidul Adha (SAHARA ’16). SAHARA ’16 berlangsung selama 6 hari yang bermula pada 7 September 2016 dan melabuhkan tirainya pada 14 September 2016.

Pelbagai aktiviti yang menarik telah disajikan bagi meraikan hari raya Eidul Adha pada tahun ini.Tanggal 7 September, SAHARA’16 telah membuka tirainya dengan pengisian yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Majdi Zakaria mengenai Teori Fiqh Haji dan Umrah dan diteruskan pada hari yang berikutnya dengan Kursus Praktikal  Haji & Umrah yang disampaikan oleh Ustaz Faqrurrozi Abdullah, Ajk Lembaga Penasihat BKPPPM 15/16.Seterusnya, pada tanggal 10 September, SAHARA’16 telah menyajikan  pengisian yang disampaikan oleh Setiausaha Agung BKPPPM sesi 15/16 iaitu Ustaz Sofwan Bin Azmi mengenai Fiqh Kurban & Sembelihan. Kemudian, majlis diserikan lagi pada hari yang seterusnya, 11 September 2016 dengan perutusan hari raya oleh Yang Dipertua BKPPPM, Dr. Muhamad Iman Bin Fadzil, ucapan beliau meyeru kepada semua ahli untuk senantiasa menghidupkan sunnah Baginda s.a.w pada malam hari raya dan menghayati pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s serta mengaplikasikan dalam kehidupan. 

Pada hari yang berikutnya ,12 September, hari umat islam seluruh dunia meraikan perayaan ini dengan menyembelih haiwan korban sebagai simbolik kepada pengorbanan yang telah dilakukan oleh nabi Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir juga tidak ketinggalan untuk meraikannya pada tahun ini.Sebanyak seekor unta dan 17 ekor kambing yang telah dikorban pada hari tersebut dan daging haiwan korban tersebut telah diagihkan kepada setiap ahli BKPPPM.Tanggal 14 September, Menjadi tradisi bagi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menganjurkan rumah terbuka hari raya pada saban tahun bagi menghargai ahli yang bertungkus lumus membantu pada hari penyembelihan dan tidak dilupakan juga kepada Ahli Majlis Gabungan BKAN yang terdiri daripada wakil pimpinan setiap Badan Kebajikan Anak Negeri diatas ukhuwah yamg terjalin sejak sekian lama.

Majlis SAHARA '16  menutup tirainya dengan ucapan perasmian penutup yang telah disampaikan oleh Ustaz  Mohd Jasry Raimy Bin Johari, Ketua Lembaga Penasihat BKPPPM sesi 15/16. Diantara isi ucapan beliau, beliau mengharapkan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) terus istiqamah dalam menganjurkan program yang memberi manfaat kepada ahli-ahlinya baik dari segi ilmiah, thaqafah , pemantapan rohani dan jasmani , serta pengukuhan ukhuwah. SAHARA’16 merupakan salah satu contoh penganjuran yang menerapkan nilai-nilai tersebut.



Disediakan oleh:
Setiausaha SAHARA '16

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL