16 Mac 1992- Perintis Lakaran Sejarah Luka PMRAM


Hari ini genap 20 tahun PMRAM dihalau daripada ARMA. Peristiwa yang berlaku pada tahun 1992 itu merupakan lakaran sejarah hitam yang sentiasa diingati oleh ahli-ahli dan pendokong-pendokong setia PMRAM dalam meneruskan kelangsungan perjuangan PMRAM di bumi Mesir.
 
Penghalauan PMRAM daripada ARMA ini dikatakan  berpunca daripada pendirian PMRAM yang tidak bersetuju di atas penubuhan persatuan baru pada waktu itu yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar Malaysia Mesir (PPMM) . 
 
Penubuhan persatuan ini diasaskan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah setelah mendakwa bahawa PMRAM yang merupakan persatuan induk mahasiswa Malaysia  semenjak 1930 tidak mampu untuk menyatupadukan suara anak-anak Melayu di bumi Mesir.
 
Ekoran daripada peristiwa tersebut PMRAM terpaksa berpindah pusat pentadbirannya di Hayyu Sabie', Madinah Nasr  sehinggalah pada hari ini
 
Kesusahan PMRAM hanya pimpinan dan pendokong yang setia sahaja mengetahui perkara tersebut. Dalam keadaan tiada peruntukan khusus dari mana-mana pihak PMRAM terpaksa bekerja keras untuk mencari sumbangan dan dana bagi membiayai sewa pejabat PMRAM yang dianggarkan menelan kos sekitar  LE 38,000 setahun.
 
Namun begitu, atas dasar pengorbanan dan semangat juang pimpinan dan juga ahli-ahli PMRAM dari dulu hingga kini PMRAM masih terus gagah bertapak di bumi Mesir bagi memberikan kebajikan kepada anak-anak Melayu di sini
 
Betapa indahnya tarbiah dan didikan PMRAM terhadap ahli-ahlinya. Kesatuan yang dibina atas dasar kefahaman yang telah diterapkan dari dulu lagi oleh generasi kepimpinan.
 
Sejarah ARMA masih segar dibenak ingatan pendokong ahli PMRAM kerana ia merupakan  simbol pengorbanan dan kesatuan anak Melayu . Jika disingkap detik-detik terakhir PMRAM di ARMA sudah pasti seakan tidak mampu menahan sebak diatas layanan yang telah diberikan.
 
Di antara usul yang telah disepakati sesi ini dengan sokongan semua ahli PMRAMMengembalikan hak PMRAM di ARMA”  memberikan satu gambaran selama 20 tahun PMRAM disingkirkan dan dinafikan haknya kini tiba masanya untuk kembalikan hak pada pemilik yang sebenar.
 
Bukan bangunan dan tanah ARMA yang menjadi impian PMRAM tetapi anjung ARMA dahulunya menjadi Pejabat PMRAM kini terpaksa berkelana di tanah asing dan memerhati dari kejauhan haknya dipertaruhkan.
 
 TIMBALAN PRESIDEN 
[ Ketua Lajnah Perancang & Panitia ]
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir
PMRAM 2012

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL