Presiden HPMI Jordan Meninggal Dunia

KAHERAH, 3 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) baru sahaja menerima berita yangmendukacitakan mengenai Presiden HPMI (Himpunan Mahasiswa-Pelajar Indonesia) di Jordan yang baru sahajameninggal dunia jam 1 petang waktu Jordan hari ini.

Berita tersebut diperoleh daripada Presiden MPPMJ (Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan), SaudaraMuhammad Hussin bin Fauzi menerusi laman maya Facebook kepunyaan beliau.

Allahyarham, Saudara Abdul Aziz bin Abdul Rahman juga merupakan pelajar Master dan sepatutnya bakalmenamatkan pengajiannya pada fasa ini. Allahyarham sebelum ini telah pun ditahan di Hospital Islam Amman,kerana menghidap penyakit Luekemia.

PMRAM juga melahirkan rasa simpati atas pemergian beliau, selaku mahasiswa yang berpersatuan serta mendalami akademik di peringkat Master.

PMRAM merakamkan takziah kepada keluarga allahyarham dan seluruh ahli HPMI dan meminta semua mahasiswa/wi Islam Malaysia di Mesirmendoakan allahyarham agar ditempatkan bersama-sama dengan golongan yang soleh.

Sumber : PMRAM
Tags: ,

About author

Curabitur at est vel odio aliquam fermentum in vel tortor. Aliquam eget laoreet metus. Quisque auctor dolor fermentum nisi imperdiet vel placerat purus convallis.

0 comments

Post a Comment