Lanjut tahanan tanpa bicara ke atas pemimpin HAMAS dan FATAH

JENIN - Salah seorang dari pemimpin gerakan HAMAS dan FATAH telah dilanjutkan tempoh tahanan tanpa bicara.

Wasfa Ezzat Qabha, 52, bekas menteri Palestin telah dilanjutkan tempoh tahanan oleh Pihak Berkuasa Penjajah di penjara Majedo untuk kali kedua berturut-turut.

Ahli keluarga beliau berkata hari ini, Wasfa salah seorang pemimpin HAMAS berasal dari Jenin telah dilanjutkan lagi 6 bulan tempoh tahanan tanpa bicara meskipun hukuman penjara yang lalu akan berakhir pada 10 Disember tidak lama lagi.

Jelas lagi, tahap kesihatan Wasfa tidak berapa menentu khususnya Wasfa menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi. Berikutan itu, hukuman yang lalu, Wasfa telah meringkuk selama enam tahun dalam penjara penjajah, kemudian ditangkap lagi oleh tentera penjajah tanpa sebarang tohmahan(tanpa bicara).

Ahli keluarga Wasfa merayu kepada Yayasan-yayasan dan Hak Asasi Kemanusiaan supaya campur tangan dalam kes ini serta mengenakan tekanan ke atas Pihak Berkuasa Penjajah supaya menghentikan dasar tahanan tanpa bicara, malahan berusaha bebaskan Wasfa.

Demikian itu, Husam Khidhir salah seorang pemimpin gerakan FATAH juga bekas anggota Majlis Legislatif Palestin juga dilanjutkan tempoh tahanan selama enam bulan lagi.

Tempoh tahanan tersebut diperbaharui oleh Mahkamah Tentera Penjajah(Israel) semalam.

Peguam bela dari Kementerian Tahanan, Wesam Aghbariah menjelaskan berhubung ketetapan dilanjutkan tempoh tahanan hasil taklimat yang dikeluarkan oleh Komander Zon Tengah tentera penjajah.

Tambahan lagi, perlanjutan tempoh tahanan ini adalah kali kedua berturut-turut ke atas Husam Khidhir yang kini sedang meringkuk dalam penjara Majedo. Beliau akan mengakhiri lanjutan dari tempoh tahanan ini pada pertengahan tahun akan datang.

Mahkamah Tentera dijadualkan akan bersidang pada 6 Disember ini bagi mengesahkan keputusan melanjutkan tempoh penahanan.

Tangkap 9 Palestin

Tentera penjajah menangkap 9 penduduk Palestin dari wilayah Khalil dan Nablus di Tebing Barat awal pagi tadi.

Menurut media Israel 'YEDIOTH AHRONOTH'(YNET), tentera menangkap 5 orang penduduk Palestin di Nablus, manakala di Khalil pula, seramai 3 orang lagi penduduk Palestin di tangkap.

Jelas sumber, kesemua yang ditangkap telah dibawa ke arah yang tidak diketahui. Semalam, liputan dari web-web berita Palestin dan berita AL-JAZEERAH melaporkan seramai 20 orang penduduk Palestin telah ditangkap oleh tentera penjajah.

Sumber : MAP 2 STREET

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL