Dasawarsa Ketiga : Perintis Mengatur Langkah Perubahan

Dasawarsa ke-3 PMRAM menyaksikan gelombang semangat anak Melayu dalam memperjuangkan kemerdekaan sudah semakin tiba kemuncaknya. Namun begitu, misi dan visi PMRAM dalam menyatukan anak Melayu tidak terus dipandang sepi bahkan terus dipertingkatkan jaringan keterikatan dengan beberapa negara yang berada di Nusantara terutamanya Indonesia.
 
Gelombang kemerdekaan terus meniupkan roh anak jati Melayu agar tidak lesu dalam menuntut hak biarpun jauh daripada tanahair, hakikatnya semangat terus menular apabila lahirnya penulis-penulis yang mula mencambahkan pemikirannya dalam arena penulisan.
 
Nama PPS juga telah bertukar kepada PMM hasil daripada sebuah perbincangan di sekitar tahun 1953 , biarpun namanya ditukar agenda misi dan visi tetap sama dalam menyatukan suara anak Melayu di bumi Mesir ini .
 
Aliran pejuang darah anak Melayu tidak pernah luntur dalam jiwa pemuda Malaya apabila cetusan idea anak Melayu ketika telah menerbitkan majalah "Seruan Azhar" ," Al-Mustaqillah" dan " Bebas".
 
Dekad ini telah menyaksikan bahawa peranan dunia penulisan mula mendapat tempat dikalangan anak Melayu dalam menyampaikan dakwah dan kepentingan untuk menuntut sebuah kemerdekaan.
 
Generasi Azhari amnya dan ahli PMRAM khususnya di fasa ini telah melakukan satu anjakan paradigma apabila tampil dengan berani melalui medium yang ada terutamanya medan penulisan dan penyiaran.
 
Maka disinilah bermulanya perintis agung dalam lakaran sejarah PMRAM yang sehingga kini terus diingati apabila 65 orang askar suka relawan di kalangan anak Melayu turut serta dalam peperangan tiga penjuru kuasa besar jajahan ketika itu iaitu British,Perancis dan Israel.
 
Peranan yang dimainkan oleh PMRAM ketika ini cukup untuk membuktikan nilai kasih sayang terhadap perjuangan menuntut hak bukan perkara yang diambil enteng bahkan sehingga kini terus menjadi peristiwa agung dalam lakaran sejarah PMRAM.
 
PMRAM ketika ini telah sedaya upaya memaksimumkan saluran yang ada sekaligus mempertingkatkan pengaruh dan fungsi PMRAM dimata dunia.
 
Diantara tokoh yang membuka ruang dan peluang dalam dunia penulisan adalah seperti Tuan Haji Idris al-Marbawi, Osman Abdullah, Tuan Kadeer Ismail, Hussien Azmi, Tuan Khairuddin dan Ismail Omar.
 
 
Disediakan oleh :
Urus Setia Penerangan Umum [ UPU ]
Badan Penerangan & Penerbitan
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 2011
 
Sumber : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL