PMRAM Kecam Tindakan Mengutuk Sheikhul Azhar

KAHERAH, 18 NovPMRAM kesal terhadap tindakan sebuah syarikat pakaian terkemuka Itali (Benetton) yang telah memaparkan iklan tidak bermoral  melibatkan Sheikh Al-Azhar, Dr Ahmad Toyyib yang sedang berciuman dengan Pope Benedict XVI.
 
Iklan tersebut dipaparkan di sepanjang jalan di Itali yang didakwa sebagaiprovokasi  membinaoleh syarikat berkenaan untuk mempromosikan sikap toleransi antara masyarakat antarabangsa walaupun berlainan agama.
 
Selain daripada itu beberapa orang tokoh pemimpin negara yang lain juga turut terlibat dalam pengiklanan seumpama itu antaranya ialah Presiden Amerika Syarikat , Barack Obama berkucupan dengan Presiden China, Hu Jintao. Turut dimanipulasi, imej pemimpin Venezuela, Hugo Chavez.
 
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, pula dipaparkan berkucupan dengan pemimpin Fatah Palestin, Mahmoud Abbas, manakala Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, berpasangan dengan Canselor Jerman, Angela Merkel.
 
PMRAM melihat tindakan seumpama ini sebagai tindakan yang diklasifikasikan biadab dan boleh menjatuhkan maruah diri dan kesucian agama Islam. Tindakan tersebut bukan sahaja bersalahan dengan hukum agama bahkan melampaui sifat tabi’e manusia lebih-lebih lagi apabila melibatkan tokoh agama yang disegani dipandangan dunia" ujar Saudara Abdul Aziz bin Ali selaku Timbalan Presiden PMRAM 2011.
 
"Sesungguhnya perbuatan sebegini wajar dikecam dan dikenakan tindakan sewajarnya kerana meyebabkan pandangan masyarakat terhadap Islam dan al-Azhar itu menjadi semakin buruk" tambahnya lagi ketika ditemui petang tadi.
 
Turut mengecam sebaran gambar tidak bermoral tersebut ialah pihak Vatican yang disuarakan oleh jurucakap rasminya iaitu Federico Lombardi sebagai tidak berpuas hati terhadap penghinaan ke atas Pope Benedict XVI.
 
Sumber  : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL