Pemuda! Tegakkanlah Islam Dalam Hati Kamu!
Rasul Allah saw. bersabda : ”Aku berpesan kepadamu supaya berbuat baik kepada golongan pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutusku membawa agama Hanif ini, lalu para pemuda bergabung denganku dan orang-orang tua menentangku” [Riwayat Bukhari].
Duhai
pemuda, ketahuilah bahawasanya pemuda dan dakwah itu sangat akrab.
Generasi pertama yang menyebarkan dakwah Islam ini adalah dikalangan
pemuda. Khalifah yang 4 adalah mereka dikalangan pemuda, sahabat-sahabat
Nabi juga mereka yang terdiri daripada golongan pemuda yang gagah dan
berani.
Ya
Allah, sediakan umat ini dengan para pemuda yang berani dan tegas,
tinggi daya juang, pengorbanan dan jihad yang tinggi sebagaimana
orang-orang terdahulu dari kami.
Melihat
cabaran kehidupan yang semakin menggila, ketempangan akidah semakin
membarah, akhlak umat Islam semakin rosak akibat serangan musuh Islam
dari hari ke hari tidak pernah henti. Maka, umat ini memerlukan mereka
yang jiwanya sangat hampir dengan Tuhan, hatinya sentiasa berpaut kepada
cita-cita dan kemenangan Islam, maka pemuda adalah jawapannya. Mengapa
pemuda? Sebab pemudalah mempunyai karakter yang disebut oleh as-Syahid
al-Imam iaitu iman, ikhlas, semangat dan amal.
“Sesungguhnya,
sebuah pemikiran itu akan berhasil diwujudkan manakala kuat rasa
keyakinan kepadanya, ikhlas dalam berjuang di jalannya, semakin
bersemangat dalam merealisasikannya, dan persiapan untuk beramal dan
berkorban dalam mewujudkannya. Sepertinya keempat rukun ini, yakni iman,
ikhlas, semangat, dan amal merupakan karakter yang melekat pada diri
pemuda, kerana sesungguhnya dasar keimanan itu adalah nurani yang
menyala, dasar keikhlasan adalah hati yang bertaqwa, dasar semangat
adalah perasaan yang menggelora, dan dasar amal adalah kemahuan yang
kuat. Itu semua tidak terdapat kecuali pada diri para pemuda.” (Risalah
Ila Syabab)
Anak-Anak Muda Mewarnai Sejarah Islam
Itulah
mengapa sejarah Islam diwarnai oleh para pemuda. Zaid bin Thabit pada
usianya 13 tahun sudah menyibukkan diri dengan Islam, Zubayr Al-Awwam
menjadi pahlawan dan panglima perang ketika usianya sangat muda, Usamah
bin Zaid panglima tentera perang ketika berhadapan dengan tentera Rom di
Syria ketika usianya 18 tahun, Al-Arqam bin Abi Al-Arqam sanggup
menjadikan rumahnya sebagai tempat penyebaran Islam walaupun mengetahui
cabaran yang akan mendatang, Mus’ab bin Umair seorang pemuda yang
ditugaskan oleh Rasulullah untuk menjadi pendakwah dan mengislamkan
setiap rumah di Madinah, Khalid Al-Walid seorang yang tangkas di medan
perang serta mempunyai kemampuan startegi perangnya.
Begitu
juga, dengan sejarah sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW dakwah ini
diwarnai oleh mereka dikalangan pemuda. Pernahkah kita mendengar kisah
pemuda Ashabul Kahfi, pemuda di dalam kisah Ashabul Ukhdud, Zulkarnain,
dan sebagainya. Mereka inilah pemuda-pemuda yang mempunyai jiwa yang
berani dalam mempertahankan kebenaran dan tidak takut kepada celaan
musuh Allah SWT.
Tidak
cukup dengan zaman tersebut, dunia Islam pernah dikejutkan dengan para
pemuda yang teguh dan thabat dalam jalan dakwah. Sultan Muhammad
Al-Fateh pada usianya 21 tahun sudah memimpin bala tentera dan
membebaskan Kota Konstantinople, Saifuddin Qutuz pada usianya muda
menentang tentera Tatar di Ain Jalut ketika itu umat Islam diambang
kejatuhan kerajaan Abbasiah lalu bangkit seorang pemuda mempertahankan
umat Islam di Mesir serta Al-Azhar As-Syarif sebagai kiblat ilmu umat
Islam, Salahuddin Ayyubi juga pada usianya yang muda menentang Eropah
yang ketika itu sudah menawan Jerusalem ditangan tentera Salib sehingga
2/3 dunia ini adalah milik Islam.
Begitu
juga, Revolusi Timur Tengah 2011 seperti Tunisia, Mesir, Libya, Syria,
Yaman dan lain-lain semuanya tunduk ditangan pemuda.
Ayuh
anak-anak muda, sedarilah masa muda ini sangat bermakna. Manfaatkan
usia muda untuk Islam serta ummah. Usah kita memisahkan dunia kita
dengan dunia mereka yang yang sangat dahagakan kefahaman Islam. Mari
kita bina generasi pewaris dikalangan pemuda.
Perancangan Musuh Islam Terhadap Anak Muda
Orang
Yahudi dan musuh-musuh Islam tidak akan membiarkan pemuda-pemuda Islam
dekat dengan ilmu dan iman, mereka akan memisahkan diri pemuda dengan
jihad sehingga menyebabkan pemuda Islam menjadi lemah dan kaku. Protokol
Yahudi ada menyebut:-
“
Kita mesti bekerja untuk merosakkan akhlak disetiap tempat. Dengan itu
penguasaan kita akan mudah dicapai. Kita akan terus membentangkan teori
hubungan seks sejelas-jelasnya supaya tidak ada suatu pun yang dianggap
suci pada pandangan pemuda. Hasilnya ialah memuaskan hawa nafsu seks
adalah matlamat mereka. Ketika itu akan runtuhlah akhlak mereka”.
Begitu juga kata pemimpin penjajah Kristian : “Gelas
arak dan pelacur amat berperanan dalam menghancurkan umat Muhammad
lebih daripada apa yang dilakukan oleh seribu meriam. Oleh itu
tenggelamkan mereka ke dalam cintakan kebendaan dan syahwat”.
Perancangan
musuh Islam tidak akan pernah sunyi, mereka akan bekerja siang dan
malam untuk menghancurkan iman pemuda-pemuda Islam, kerana mereka
percaya golongan pemudalah sebagai pemimpin sesebuah Negara pada masa
akan datang.
Solusi
Apakah
yang perlu kita buat selaku mahasiswa Islam yang belajar di Ardhul
Kinanah? Kerana kitalah yang mengaku sebagai pemuda Islam dan Rijalu
Taghir (agen perubah). Maka disini antara yang perlu kita persiapkan
diri :-
1) Sentiasa melazimi usrah/muzakarah berkelompok setiap minggu.
2) Solat berjemaah di masjid.
3) Mewujudkan biah yang solehah di kalangan kita.
4) Membaca buku-buku fikrah dan pembinaan diri.
5) Sentiasa cakna dengan isu umat Islam, mengetahui sejarah jatuh bangunnya Islam, dan serangan pemikiran terhadap umat Islam.
6) Sentiasa mengikuti program-program tarbiyah dan pembinaan diri.
7) Menyibukkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kerja-kerja Islam.
Apa
yang disebut diatas ini adalah sedikit sahaja yang perlu dilakukan,
selebihnya terpulanglah pada anda selaku anak muda yang mengaku sayang
pada Islam. Lakukanlah sesuatu untuk ummat yang semakin jauh dengan
Islam yang sebenar. Andalah pemuda! Andalah mampu merubah dan mengubah
segala-galanya.
Penulis,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
(Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM)
Disediakan oleh,
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM
Penulis,
Mohd Faizzudin Ghazali
Naib Presiden I
(Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM)
Disediakan oleh,
LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN PMRAM
Sumber : Unit Biah Solehah
Comments