Muhadharah Ilmiah - Satu Dimensi Baru di BKPPPM

KAHERAH, 18 NOV - Muhadharah Ilmiah merupakan aktiviti mingguan yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Muhadharah yang dianjurkan di bawah pantauan Biro dan Unit Pendidikan dengan bekerjasama Biro dan Unit Dakwah BKPPPM mengkhususkan perbincangan tentang perdebatan perkara-perkara yang berkaitan dengan permasalahan akidah dan ibadat. Setakat ini telah terlaksana tiga siri muhadharah ilmiah.

Siri yang pertama merupakan taklimat awal berkaitan matlamat dilaksanakan muhadharah ini dan pencerahan mengenai Syiah dan Wahabi. Seterusnya, siri kedua berbicara dan berbincang permasalahan Tawasul yang disampaikan sendiri oleh Naib Pengerusi HEWI BKPPPM iaitu Ustazah Imtisal bt Mazani yang merupakan penuntut tahun empat kuliah Syariah di Iskandariah.

Dan siri yang ketiga baru-baru ini memperbahaskan mengenai satu tajuk yang dipilih iaitu Tahlil dan Talkin. Topik ini dibentangkan oleh Ketua Penasihat BKPPPM, Ustaz Mohammad Hafiz b Abdul Aziz. Panel jemputan pada minggu ini ialah Mantan Yang di Pertua dan Mantan Penasihat BKPPPM, Ustaz Mohamad Hanif b Haron.

Program bermula dengan pembentangan kertas kerja oleh Ustaz Muhammad Hafiz  b Abdul Aziz dan disusuli dengan kritikan dan persoalan yang dilontarkan oleh panel jemputan mengenai kertas kerja yang dihasilkan bersama-sama intipati yang dibentangkan. Pusingan terakhir, hadirin yang hadir pada Muhadharah Ilmiah  diberi peluang untuk menanyakan soalan-soalan sekitar tajuk yang dibentangkan. Muhadharah Ilmiah selesai pada pukul 9.30 malam.   

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL