PENGUMPULAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SESI 2011/12


HARAP AMBIL PERHATIAN.

PENGUMPULAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

SESI 2011 / 12

TUJUAN

Kepada semua ahli BKPPPM yang dirahmati Allah. Tujuan pekeliling ini diedarkan adalah untuk memberi makluman kepada semua ahli BKPPPM bahawa pihak Jabatan Setiausaha Agung BKPPPM akan mengumpul serta menghantar terjemahan keputusan peperiksaan ke Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang sebagaimana yang diminta oleh pihak MAINPP untuk urusan pengagihan biasiswa / zakat pelajar-pelajar Pulau Pinang.

PENYERAHAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN :-

Terjemahan keputusan boleh diserahkan kepada :-

- Setiausaha Agung BKPPPM ( 014 - 6164010 )

- Setiausaha HEWI BKPPPM ( 014 - 5901530 )

TARIKH PENYERAHAN TERJEMAHAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN :-

Tarikh akhir penyerahan keputusan peperiksaan tersebut ialah pada atau sebelum :

15 Oktober 2011

 Bermula dari tarikh surat pekeliling ini dikeluarkan dan berakhirnya tarikh penyerahan terjemahan keputusan peperiksaan, pihak kami tidak akan melayan mana - mana individu yang terlewat menghantar terjemahan keputusan peperiksaan.

 Setiap salinan fotostat yang diberikan hendaklah disahkan terlebih dahulu.

 Bagi mereka yang tidak sempat menyiapkan terjemahan keputusan peperiksaan sebelum tarikh akhir penyerahan, sila maklumkan kepada pihak persatuan dengan kadar segera.

JABATAN SETIAUSAHA AGUNG

BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR

SESI 2011 / 12

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL