HEWI PMRAM MENERIMA TETAMU ISTIMEWA GAZA

KAHERAH, 27 Okt - Unit Minipavilion ( MAP ) dibawah Lajnah dan Unit Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM 2011 telah mengadakan wawancara bersama dua orang tetamu warganegara Palestin dikenali dengan Noora dan Tahreer di rumah Keluarga pelajar Perlis (KPP ) Mesir pada malam 24hb baru-baru ini.

Kehadiran mereka ke Mesir dibawah tajaan pengurusan (MAPIM) dengan bantuan (MAP) untuk sementara waktu sahaja sebelum kedua-duanya bakal diterbangkan ke Malaysia atas jemputan daripada Majlis Perhubungan Pertubuhan Islam Malaysia ( MAPIM), bagi membincangkan beberapa perkara.

Kesempatan dan peluang bersama dua tetamu istimewa daripada bumi semenanjung Gaza ini tidak disia-siakan PMRAM.

Oleh yang demikian satu pertemuan telah diaturkan yang diketuai oleh Saudara Syeikh Mohd Mujahid Sikh Nawawi selaku Naib Presiden III merangkap Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM dan Saudari
Norhashima Majid selaku Ketua Unit kebajikan dan Kemanusiaan 2011.

Turut serta dalam pertemuan tersebut, Saudari Nurain Yaacob Timbalan Pengerusi HEWI PMRAM, Saudara Abd Muin Abd Manan merangkap Pengarah Unit Minipavilion (MAP) serta beberapa orang HEWI PMRAM dan anggota komuniti Minipavilion ( MAP ) yang terdiri dari kalangan pengajian Islam serta Perubatan Kaherah dan Tanta.

PMRAM mengalu-alukan dengan kehadiran tetamu dari bumi Palestin yang tercinta kerana sudi berkongsi kesedihan, permasalahan, pengalaman, serta kekuatan umat Islam di Gaza sekaligus mengharapkan seluruh mahasiswa/wi di Mesir khasnya mahasiswa/wi Malaysia untuk sama-sama membantu dan mengambil berat tentang isu semasa saudara seakidah tidak kira samada di bumi Palestin atau di bumi mana jua, begitu juga harapan kedua-dua tetamu dari Palestin tersebut yang mengharapkan doa sebagai kekuata
n umat Islam di Gaza.

“ Terima kasih diatas layanan yang diberikan oleh kalian kepada kami selama kami berada di bumi Mesir ini. Sejujurnya inilah kali pertama dalam hidup kami keluar daripada Semenanjung Gaza,” ujar Tahreer ketika ditemu bual.


" Kebanyakan anak-anak gadis disana diberi penekanan terhadap pengetahuan dan pendidikan. Jadi kebanyakan kami tergolong dari kalangan intelektual,” jelas Noora yang berpendidikan Jurusan Teknologi.

“ Kami juga amat berbangga dengan kalian kerana bersungguh –sungguh mengadakan kempen boikot barangan, namun keadaan kami amat berbeza disana kerana kami tidak mempunyai barangan bekalan atau pilihan yang lain melainkan barangan boikot sahaja kami dapati,” tambah beliau lagi.

Pertemuan tersebut diakhiri dengan sedikit penyampaian hadiah oleh Saudari Nurain Yaacob selaku Timbalan Pengerusi HEWI sebagai kenang-kenangan dari pihak PMRAM kepada mereka berdua.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963