BARISAN MUSLIM DALAM 100 TOKOH PEMIKIR GLOBAL

Washington: Majalah berpengaruh Foreign Policy baru mengeluarkan daftar "100 Pemikir Utama Global," memberikan sepuluh tempat bagi profesor, ahli akademik, ahli politik, jurubank, dan jurnalis Muslim.

Zahra Rahnavard, isteri pemimpin pembangkang Iran, Mir Hossein Mousavi, berada di ranking ketiga dalam senarai tersebut, sekaligus berada di bawah pemimpin US Federal Reserve, Ben Bernanke yang terpilih kerana mencegah kejatuhan ekonomi
AS, dan Presiden Barack Obama kerana mengubah identiti Amerika di dunia.

Majalah itu menggambarkan Rahnavard sebagai otak di sebalik Revolusi Hijau Iran dan kempen suaminya.

Mendapat julukan sebagai Michelle Obama Iran, Rahnavard berkempen untuk suaminya yang mencalonkan diri sebagai calon presiden bulan Jun lalu.

Pemegang gelaran doktor dalam ilmu politik, wanita berusia 64 tahun ini pernah menjawat jawatan sebagai penasihat Mohamed Khatami, presiden Iran dari tahun 1997 hingga 2005.

Rahnavard adalah peneliti Al Quran dan penulis beberapa buku tentang seni dan politik.

Seorang pejuang hak-hak wanita, beliau telah lama berkempen untuk memperkasakan ekonomi kaum wanita dan mengubah hukum Iran yang cenderung melakukan diskriminasi terhadap kaum wanita.

Sayyid Imam al Sharif, pemimpin spiritual kelompok militan jihad Mesir, berada di posisi ke-10 dalam senarai tahunan majalah tersebut.

"Beliau menyusun karangan merasionalkan Jihad di Mesir dan di Dunia, sebuah semakan lengkap tentang sokongannya yang terdahulu terhadap perang agama."

Sebagai Imam, juga merupakan pengasas awal Al Qaeda bersama rakan lamanya, Ayman Al Zawahiri, menulis dua buku yang dianggap sebagai asas ideologi bagi jihad.

Namun di tahun 2007, beliau mengakui di hadapan masyarakat bahawa beliau telah mengubah pemahamannya yang terdahulu, menyeru untuk merasionalkan jihad.

"Karyanya ini, yang telah tersebar ke seluruh lingkaran jihad, melemahkan kesahihan Al Qaeda dan kelompok-kelompok lainnya dengan menggunakan narasi teologi mereka sendiri," ujar majalah tersebut.

Ahli ekonomi Muslim Amerika, Mohamed El Erian berada di senarai ke-16 dalam daftar "100 Pemikir Utama Global."

"El Erian adalah pemimpin salah satu perusahaan pelaburan paling berjaya di dunia, Pimco, Pacific Investment Management Company, yang memiliki aset USD 842 milion."

Seorang pakar dalam pasaran baru di IMF (kumpulan wang), beliau menjadi ketua penguatkuasa agama di Harvard sebelum bergabung dalam dunia perniagaan. Strategi pelaburannya dipuji kerana membantu mengubah Pimco menjadi perusahaan pelaburan terbesar di dunia.

Mantan menteri kewangan Afghanistan, Ashraf Ghani berada di posisi 20 kerana usahanya memberantas korupsi.

Majalah itu juga memasukkan mantan wakil perdana menteri, Anwar Ibrahim di posisi ke-32 atas perjuangan pro-demokrasinya.

Jurnalis terkenal, Fareed Zakaria, seorang Muslim Amerika keturunan India, berada di posisi ke-37 kerana menentukan batas kekuasaan Amerika dan mengarahkan perbincangan awam yang paling bijak mengenainya.

Jurubank Bangladesh dan pemenang Nobel, Muhammad Yunus berada di posisi ke-46 atas usahanya memerangi kemiskinan.

Mendapat julukan "jurubank golongan miskin", mantan profesor ekonomi ini dan bank Grameennya mendapat penghargaan Nobel atas upaya akar umbinya untuk mengangkat jutaan orang keluar dari belengu kemiskinan.

Bank yang mensasarkan kaum wanita kerana meyakini bahawa mereka lebih baik daripada laki-laki dalam menguruskan kewangan keluarga ini menawarkan pinjaman kecil kepada para peminjam miskin untuk membantu mereka membuka perniagaan.

Pemikir Muslim dari Swiss, Tariq Ramadan berada di tangga ke-49 dalam senarai majalah itu. Disebutkan bahawa Ramadan mendedikasikan hidupnya untuk membuktikan bahawa Islam sesuai dengan kehidupan Barat.

"Ramadan ingin menyampaikan Islam yang sesuai dengan demokrasi Eropah (di mana beliau lahir dan tempat tinggalnya kini), salah satu pejuang yang terlibat dalam realiti politik dunia."

Seorang warganegara Swiss keturunan Mesir, Ramadan adalah salah satu pemikir utama Muslim di Eropah dan telah seringkali mengecam keganasan dan ekstremisme.Beliau juga merupakan seorang profesor Pengajian Islam di Universiti Oxford dan peneliti di Universiti Doshisha, Jepun.

Penulis 20 buku dan 700 artikel tentang Islam, ia dinobatkan oleh majalah Time sebagai salah satu dari 100 penyumbang abad 21 untuk perlaksanaannya dalam mewujudkan Islam Eropah yang bebas.

"Selama hidupnya, cucu pengasas Ikhwanul Muslimin, Hassan al Banna ini telah menjadi sebuah kontradiksi berjalan. Seorang intelektual Islam yang mengamalkan demokrasi namun meyakini bahawa hukum agama bersifat universal."

Penulis Pakistan, Ahmed Rashid berada di posisi ke-51 untuk penulisannya tentang bahaya global di Asia Selatan.

Majalah itu juga memasukkan Perdana Menteri Palestin, Salam Fayyad, di posisi ke- 61 karena menunjukkan bagaimana memimpin dengan efektif di tengah-tengah konflik.

Sumber Rujukan : http://map2care.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963