Kedatangan Islam Memerdekakan Manusia Daripada Jahiliyah


KAHERAH, 31 Ogos - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman semalam menegaskan dalam khutbah raya yang disampaikan di Masjid Musa bahawa kedatangan Islam adalah untuk memerdekakan manusia daripada terus dijajah oleh sistem jahiliyah yang berpandukan hawa nafsu semata-mata.
Penurunan Al-Quran dalam bulan Ramadhan sekaligus menghapuskan sistem jahiliyah yang sedia ada ketika itu yang diguna pakai oleh masyarakat Mekah.
Beliau menyatakan bahawa kemerdekaan yang sebenar dalam Islam ialah kemerdekaan keseluruhan bagi manusia bukan sekadar bebas daripada penjajahan dalam konteks negara sahaja.
Manusia tidak dinamakan merdeka selagimana tidak mengambil syariat Islam sebagai panduan dan perundangan dalam kehidupan.
Bahkan secara tidak sedar, manusia pada zaman sekarang dijajah oleh ideologi-ideologi pemikiran manusia seperti liberalisme, kapitalisme, sosialisme dan sebagainya.
Kemerdekaan yang sebenar adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Ruba'i Amir, seorang sahabat Nabi SAW kepada Rustum, panglima tentera Farsi.
Ruba'i Amir menyatakan bahawa tujuan Allah menurunkan Islam adalah untuk membebaskan manusia daripada menghambakan diri kepada mahkluk, penyelewengan agama-agama dan kesempitan fokus hidup yang semata-mata memikirkan urusan dunia semata-mata.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL