PENDIRIAN BKPPPM DALAM ISU KEZALIMAN MAHASISWA


Sejak mutakhir ini, kita dikejutkan dengan beberapa isu mahasiswa yang ditindas dengan beberapa tindakan yang dianggap zalim dan tidak berperikemanusian oleh beberapa tangan yang tidak bertanggugjawab.

Bermula dengan ugutan daripada Pihak Education Malaysia Egypt (EME) yang menyekat kebebasan mahasiswa daripada menyertai sebarang program dan aktiviti yang berkaitan dengan penganjuran Gabungan Pilihanraya Bersih(BERSIH 2.0). Rentetan daripada ugutan tersebut, pihak EME mengenakan tindakan bagi mahasiswa yang menyertai aktiviti BERSIH, mereka dilarang untuk membuat terjemahan pengesahan pengajian dan transkrip peperiksaan. Tindakan yang keterlaluan dan zalim juga dikenakan terhadap salah seorang penuntut Darul Ifta` yang dibuang daripada pengajian walaupun beliau berada pada sesi pengajian yang terakhir.Tidak kurang daripada itu, tindakan turut dikenakan terhadap penuntut Terengganu dan Perak yang menyertai BERSIH pada 9 julai 2011, mereka diugut dengan penarikan bantuan zakat pendidikan daripada pihak kerajaan negeri masing-masing.

Justeru, BKPPPM menegaskan bahawa ahli dan kepimpinan BKPPPM sentiasa bersama dalam isu mahasiswa bahkan membantah tindakan zalim yang dikenakan kepada Mahasiswa-mahasiswa yang menyertai BERSIH. Pihak BKPPPM menyeru, mana-mana pihak yang terlibat dalam tindakan zalim terhadap mahasiswa supaya mengkaji tindakan tersebut ataupun akan berdepan dengan gelombang kebangkitan mahasiswa Timur Tengah.

BKPPPM juga menyeru semua ahli yang tidak dikenakan sebarang tindakan agar tidak berada di zon selesa dengan hanya menjadi penonton kepada isu ini dan tidak menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan DESAK sebagai tanda protes terhadap isu kezaliman ini. Ingatlah! golongan mahasiswa adalah golongan yang berintelektual dan mempunyai pengaruh dan kekuatannya tersendiri, maka menjadi satu ke`aiban yang besarlah sekiranya mahasiswa hanya berdiam dan tidak bertindak dalam menangani kezaliman tersebut.

BKPPPM juga menyeru ahli BKPPPM, supaya menjadikan bulan Ramadhan ini bukan hanya bulan beribadah semata-mata , bahkan menjadikannya sebagai bulan jihad seperti mana para sahabat nabi SAW yang berjuang menegekkan Islam dibulan Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL