Presiden Hu ingin mengakhiri konflik di Korea


Tuesday, January 18, 2011


Presiden China Hu Jintao tiba di Washington DC, Selasa ini, dan dijadualkan akan bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama di Rumah Putih.
Lawatan Hu ini akan membincangkan beberapa agenda penting, seperti perdagangan antara China dan AS, mata wang, masalah yang sangat penting konflik di Semenanjung Korea iaitu diantara Korea Utara dengan Korea Selatan. Hu yang berkunjung ke AS, menampakkan kepercayaannya terhadap Presiden Barack Obama.


Krisis antara Korea Selatan dan Utara ini telah menakutkan kebanyakkan negara serantau semenjung Korea, seperti Jepun, dan Rusia serta AS, yang selama ini menjaga kawasan itu, sejak pecah Perang Dunia II. Kini, AS mempunyai lebih 100 ribu pasukan yang ditempatkan di pangkalan tentera di Okinawa.

Hu Jintao selama kunjungannya ke 'AS ini, ingin melakukan pembahasan yang lebih konstruktif dan komprehensif dengan AS. Selama ini AS telah mengeluhkan defisit perdagangan dengan China, yang terus membangkak. Sekarang defisit perdagangan antara China dan AS mencapai $ 5 bilion dolar setiap bulan. Hu juga menginginkan hubungan yang stabil antara Beijing dengan Washington.

Pemimpin Cina itu juga dijadualkan akan bertemu dengan para anggota Kongres AS, dan akan menyampaikan ucapannya, terutama masalah perdagangan antara kedua-dua negara. Hu juga akan bertemu dengan para pemimpin Kongres dan Senat, serta sejumlah Ekskutif perusaaan di AS.

Pembicaraan yang akan menjadi agenda utama antara Hu Jintao dan Obama menyangkut mata wang kedua-dua negara, yang sekarang ini menjadi titik kritis. Kerana, akibat dasar kerajaan China, yang menurunkan nilai pertukaran mata wang China, mengakibatkan kerugian yang cukup besar bagi perdagangan AS. Pertemuan yang membahas masalah mata wang Yuan dan Dolar, itu melibatkan kedua-dua menteri kewangan kedua-dua negara, termasuk Menkeu Timothy Geitner.


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL