MUZIK MENURUT PANDANGAN ISLAM



Nyanyian yang lunak adalah santapan jiwa manusia,menyegarkan otak dan disukai oleh pendengaran. Ia adalah kelazatan bagi telinga sepertimana makanan yang menjadi kelazatan bagi mulut dan perut. Pandangan yang menjadi kelazatan bagi mata. Bau yang harum menjadi kelazatan bagi hidung dan sebagainya. Adakah perkara-perkara yang baik ini haram di sisi ISLAM??!

Nyanyian adalah harus tetapi dalam acuan Islam ia termasuk dalam acuan tabi’i(asasi) disisi fitrah manusia. Malangnya muzik pada masa kini kebanyakannya diterajui oleh barat yang mana mereka mempunyai muslihat yang tersendiri terutamanya kepada remaja. Ini kerana unsur-unsur yang diketengahkan oleh barat adalah bertujuan untuk melalaikan manusia serta menjatuhkan mereka kepada maksiat dan menjurus kepada meninggalkan kehidupan beragama. Hiburan yang melampau seperti heavy,mental,rock,rap,super dance dan banyak lagi adalah haram apabila bertentangan dengan islam dan fitrah manusia.

Nyayian menurut fuqaha’ mazhab syafie’ adalah makruh sekiranya tanpa alat kerana berpandukan hadis Ibnu Mas’ud r.a tetapi tidak menjadi haram kerana berpandukan hadis Aishah r.a yang menunujukkan Rasulullah s.a.w tidak menegah nyayian dua orang hamba wanita Ansar dirumah baginda. Tetapi isi nyayian yang ingin dipersembahkan mestilah bertepatan dengan kehendak-kehendak islam. Oleh yang demikian segala bentuk lirik nyayian yang menyalahi syariat Allah Taala adalah haram.

Seluruh ulama’ telah bersependapat mengharamkan segala bentuk nyayian yang mengandungi unsur-unsur maksiat dan kederhakaan kepada Allah. Sabda Nabi s.a.w dalam hadisnya yang bermaksud: “Sesungguhnya nyayian menimbulkan sifat nifaq didalam hati sebagaimana air menumbuhkan daripada sayur-sayurannya.”
Penyampaian nyayian hendaklah bertepatan dengan Islam. Jelasnya Islam mengharamkan segala bentuk nyayian apabila sipenyanyi mendedahkan aurat,melakukan gerak badan yang memberahikan ataupun sipenyayi mempersembahkan nyayian dengan suara yang lucah yang boleh menyebabkan fitnah serta rangsangan nafsu yang kotor dikalanagan penonton sekalipun lagu yang dinyayikan adalah lagu-lagu yang baik. Diriwayatkan oleh thabrani yang membawa maksud: “Barangsiapa yang duduk bersama-sama penyayi wanita dan mendengar nyayian mereka,Allah akan menuangkan timah cair kedalam kedua-dua telinga mereka pada hari kiamat.”

Kesimpulanya muzik merupakan satu fitrah yang dianugerahkan oleh Allah kepada manusia selaku khalifah diatas muka bumi ini. Sewajarnya kita selaku mahasiswa Islam mampu untuk meletakkan syariat Allah yang Maha Agung dan ilmu yang jelas berada dihadapan tanpa menjadikan muzik sebagai kayu ukur untuk hiburan. Islam tidak datang untuk memerangi fitrah tetapi islam datang untuk memimpin dan menuntun fitrah agar tidak lari dari landasan dan manhaj islam.
Sumber :http://www.ubs-pmram.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL