Semasa  pemerintahan khalifah ( Khulafa’ Ar Rasyidin ), atau Khalifah Umar Al  Khattab ( Khalifah Kedua selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. ), kaum  muslimin dengan cepatnya memperluas kawasan tanah kekuasaan mereka  adalah dengan kekuasaan Allah S.W.T.   
  Era pada zaman tersebut  merupakan perluasan kuasa yang paling besar oleh sesebuah Negara di  dalam sejarah tamadun dunia, tetapi bukanlah kerana nisbah perluasan  tersebut, atau rintangan yang luar biasa yang dihadapi oleh kaum Muslim  dari berbuat demikina, tetapi adalah kerana kesan jangka masa panjang  daripada perluasan kuasa melalui ketenteraan, tersebar luasnya agama  Allah S.W.T. , dan dengan usaha yang bersungguh-sungguh yang tidak dapat  ditandingi sebelum ini sejak penciptaan manusia. Kejayaan yang  membanggakan yang dialami oleh kaum Muslim pada era itu, sama ada ketika  atau tidak berperang adalah semata-mata rahmat dari kasih saying Allah  S.W.T. , kerana tanpa-Nya, tidak semua ini akan terjadi.
  Faktor  mengapa kaum Muslim di rahmati dengan kasih sayang Allah adalah bukan  kerana mereka mempunyai kecanggihan dalam teknologi persenjataan untuk  melawan musuh. Sekiranya ianya adalah berdasarkan keupayaan ketenteraan,  kaum muslim sudah pasti akan dikalahkan oleh kedua-dua kerajaan Parsi  dan Byzantine Rom, kerana sebelum ini mereka merupakan kerajaan yang  mempunyai ketubukan tentera yang paling besar ketika itu.
  Kemenangan  yang dicapai oleh kaum Muslim adalah bukan atas dasar harta (kekayaan  ), dan sebagainya, kaum muslim tidak perlu untuk keluar dari padang  pasir sepertimana mereka dan nenek moyang mereka diketahui sebagai orang  – orang nomad yang mana mereka selalu kebuluran untuk mati.
  Dan  yang pastinya, kemenangan kaum Muslim tidak dapat untuk disandarkan  kepada pencapaian material dan juga kedudukan, kerana telah dinyatakan,  kerajaan paling kaya ketika itu ialah Parsi dan Byzantium.
 
  Satu-satunya  sebab kaum Muslim begitu berjaya adalah kerana mereka meletakkan  keimanan yang tinggi kepada Allah melebihi daripada tindakan mereka.
  Mereka mematuhi Allah dan Rasul-Nya ( S.A.W ), dan menjauhi apa yang mereka tidak sukai.
  Kerana  takwa mereka, atau ketakutan mereka kepada Allah, mereka dikurniakan  denga kejayaan di dunia ini, dan kejayaan di akhirat oleh Allah S.W.T,  Pemilik Hari Akhirat, Pemenuhi hajat manusia dan juga satu-satunya Tuhan  yang berhak disembah.
  Dalam perarakan tentera dalam memerangi  Parsi, Umar Ibn Al Khattan R.A. telah menulis surat kepada panglima  tentera Islam di Iraq, yang mana dari surat itu kita boleh banyak  kebaikkan dan mengimplikasikannya sebagai pengajaran dalam hidup kita  supaya kita juga boleh menguasai dunia, tetapi apa yang lebih penting  ialah kejayaan di Akhirat daipada Allah S.W.T.
  Surat
  “  Aku mengarahkan kamu dan bala tentera kamu untuk takut kepada Allah  dalam setiap keadaan, kerana ketakutan kepada Allah itu adalah senjata  terbaik melawan musuh kamu dan juga tipu daya yang terbaik dalam  peperangan. Aku mengarahkan kamu dan dengan mereka yang bersama kamu  untuk lebih berhati-hati dalam mengelak melakukan dosa daripada mengelak  musuh kamu, maka dosa bala tentera kamu adalah lebih ditakuti daripada  musuh-musuh kamu.
  Kaum muslim yang dibantu dengan keingkaran  mereka kepada Allah, walaupun ianya bukan kerana itu, kita tidak akan  mempunyai apa-apa kekuatan, dengan bilangan kita dan senjata kita tidak  seperti mereka. Sekiranya kita adalah sama di dalam dosa, mereka  mempunyai kelebihan daripada kita dari segi kekuatan, dan sekiranya kita  tidak mempunyai kelebihan ke atas mereka oleh jasa kita, kita tidak  akan dapat mengalahkan mereka dengan kekuatan kita.
  Ingatlah  bahawa kamu dilindungi oleh Allah yang Maha Mengetahui atas apa yang  kamu lakukan, jadi berasa malu sebelum mereka dan jangan kamu melakukan  keingkaran terhadap Allah. Kamu ( berusaha ) untuk keredhaan Allah, dan  jangan kata bahawa musuh kita lebih teruk daripada kita dan jangan  sekali-kali mengatasi kita sekiranya kita melakukan dosa. Seseorang  boleh dikalahkan oleh yang lainnya yang mana lebih teruk dari mereka,  sepertimana anak-anak orang irael yang dikalahkan oleh orang Kafir  Margian, yang mereka melakukan perbuatan yang menyebabkan Allah menjadi  murka.
  Dan : ( Mereka telah masuk ke dalam tempat paling dalam di rumah kamu. Dan itu adalah satu janji ( keseluruhannya ) telah di penuhi )
  Al – Quran 17:5
  Minta  lah pertolongan daripada Allah untuk membantu kamu melawan kejahatan  kamu dan nafsu yang mana kamu meminta pertolongan daripadanya untuk  melawan musuh kamu.Aku memohon kepada Allahcuntuk itu, untuk kita semua  dan untuk kamu. Berbaiklah kepada kaum muslim dan perarakan mereka.  Jangan memenatkan mereka dalam perarakan mereka, sehingga mereka penat  tatkala mereka menghadapi musuh mereka daripada perjalanan mereka, untuk  mereka menyerbu kearah musuh mereka yang tidak langsung merantau, dan  mempunyai kuda dan penunggang yang cergas.Kamu dan yang lainnya  hendaklah berehat untuk sehari semalam setiap minggu, supaya mereka  mempunyai masa untuk mengembalikan tenaga mereka dan meletakkan barang  kepunyaan mereka dan juga senjata mereka.
  Jangan kamu berkhemah  berhampiran dengan kota yang mempunyai perjanjian damai atau dibawah  perlindungan kita, dan jangan biarkan seorang pun anggota kamu untuk  berinteraksi dengan mereka.
  Jangan menganiaya sesiapa yang  merupakan penduduk kota tersebut langsung, kerana mereka dilindungi dan  kamu di uji berhubung dengan kepatuhan kepada perjanjian, sebagaimana  mereka di uji berkenaan kesabaran mereka terhadapnya. Oleh itu, selagi  mana mereka menyimpan janji kepada kamu, peganglah janji kamu kepada  mereka.
  Janganlah kamu mencari kemenangan ke atas musuh kamu  dengan menganiaya mereka yang mana mereka mempunyai perjanjian dengan  kamu.Apabila kamu menghampiri kawasan berdekatam dengan kawasan musuh,  hantarlah perisik, supaya tiada satu pun pergerakan mereka terlepas dari  pengetahuan kamu.
  Kamu seharusnya perlu bersama kamu  orang-orang Arab dan juga orang tempatan yang mana kamu percayadan siapa  yang kamu yakin ikhlas, kerana berita dari seorang pembohong tidak akan  memberikan manfaat bg kamu walaupun sekiranya dia menyatakan kebenaran  sekali-sekala. Yang tidak jujur merupakan perisik melawan kamu, bukan  untuk kamu.
  Apabila kamu menghampiri kawasan musuh, hendaklah  kamu menghantar pasukan peninjau dan serbuan untuk memotong jalan  bekalan merekadan cuba untuk mencari titik kelemahan mereka.
  Pilihlah  mereka yang mempunyai kebijaksanaan dan kekuatan di kalangan kamu untuk  misi ini, dan pilihlah kuda yang terbaik.Sekiranya mereka melihat  memerangi musuh adalah jalan yang terbaik bagi mereka, itu maksudnya  nasihat yang baik daripada mereka. Letakkan mereka dalam jihad,  kesabaran, dan kekuatan untuk menjadi ketua dalam pasukan serbuan, dan  jangan tunjukkan rasa kepada sesiapa berkenaan asas dorongan hati dan  juga keinginan, kerana ituakan memberi kesan kepada keseluruhan pasukan  dan akan menyebabkan kesan yang buruk.
  Jangan hantar sebarang peninjau dan pasukan serbuan ke arah yang mana kamu takut mereka akan terdedah kepada bahaya.
  Sekiranya  kamu melihat musuh, maka bawa pulang peninjau dan tentera kamu.Tetapi  jangan la kamu tergesa-gesa untuk bertempur melainkan sekiranya kamu  terpaksa, sehingga mana kamu mempunyai peluang untuk menemui titik  kelemahan mereka dan telah mempelajari struktur kawasan tersebut  sepertimana orang di kawasan tersebut mengetahuinya.
  Sekiranya  terdapat tawanan dibawa kepada kamu yang mana tiada perjanjian antara  kamu dan dia, hendaklah kamu membunuhnya untuk menakutkan musuh-musuh  kamu dan musuh-musuh Allah.Allah adalah sebaik – baik pengatur urusan  untuk kamu dan mereka yang bersama kamu, DIA lah yang memberikan  kemenangan kepada kamu terhadap lawan kamu dan kepada Allah kita memohon  pertolongan.”
  Direkodkan dalam Al-Farooq, Umar Al-Khattab, oleh Muhammad Rasheed Rida, pp 119,12
  Pengajaran
  Daripada  surat yang bersejarah ini, kita boleh mengambil pelbagai iktibar yang  mana seharusnya kita megamalkan dalam kehidupan seharian, bukan hanya  apabila kita di medan perang atau tidak. Banyak prinsip yang sama  diamalkan, tidak diragui lagi.
  Kita perlu takut kepada Allah dan terus patuh kepada Allah dalam segala situasi.
  Berterusan  patuh kepada Allah ialah faktor utama kepada kejayaan kita dan apa yang  lebih penting ialah lebih daripada kejayaan yang kita mampu buat.  Sekiranya kita membuat bermillion-million dollar, dan seluruh dunia  membentu kita, tetapi kita ingkar kepada Allah, maka semua itu sia-sia  belaka, kerana keingkaran kita kepada Maha Pencipta adalah melebihi  segala-galanya.
  Sama juga, sekiranya kita patuh kepada Allah dan  takut kepada-Nya dalam tindakan kita, dan walaupun kita tiada harta dan  seluruh dunia memusuhi kita, namun kita berada di kondisi yang bagus  kerana Tuhan kita, dan Ketua kita, Allah S.W.T. redha akan kita, jadi,  tiada yang lain yang boleh mengatasinya. Prinsip ini digunakan oleh kita  sebagai individu dan juga sebagai ummah keseluruhannya.
  Umar R.A  telah mengingatkan bahawa terdapat malaikat memerhati tentera Muslimin,  jester dia mengarahkan tenteranya untuk merasa malu daripda mereka dan  juga malu untuk melakukan dosa di hadapan mereka. Sedangkan terdapatnya  malaikat memerhati tentera Muslimin, setiap manusia juga mempunyai dua  malaikat yang senantiasa merekodkan segala perbuatan kita, sama ada baik  mahupun buruk.
  Seperti umar R.A. mengarahkan tenteranya untuk  menjauhi daripada melakukan dosa di hadapan para malaikat di medan  perang dan juga dalan jalan Jihad, kita juga perlu untuk merasa malu  kepada malaikat yang bersama dengan kita sepanjang masa, merekod segala  apa yang kita lakukan dan tidak terlepas satu pun daripadanya.
  Kita  jangan menjangka bahawa disebabkan musuh kita lebih berdosa daripada  kita bermaksud kita boleh mengambil mereka sebagai batu ukur bagi  membenarkan dosa kita sendiri. Inilah yang dilakukan oleh anak-anak  Israel, dan Allah memperkuatkan musuh mereka yang tidak beragama  berbanding mereka, walaupun mereka merupakan muslim pada zaman mereka,  namun mereka dikalahkan.
  Satu-satunya sumber kejayaan ialah  Allah.Ia adalah penting kepada kita untuk memohon petunjuk Allah dan  juga kehendak-Nya untuk kejayaan kita dalam medan perang dan juga hidup  kita.
  Kita sebagai muslim mestilah patuh dengan komitmen kita.  Adapun perjanjian yang Umar R.A bincangkan berkaitan dengan perjanjian  damai antara kaum Muslim dan orang lain, kita juga mengiakan bahawa  kata-kata kita sebagai seorang Muslim dalam perhubungan sesame kita dab  juga orang-orang kafir. Salah satu tanda-tanda orang Munafiq ialah  apabila mereka berjanji, namun mereka tidak mematuhinya.
  Umar  R.A. mengarahkan panglima tentera Muslimin, Sa’ad Ibn Abi Waqqas supaya  berbaik-baik dengan tentera Muslimin. Umar memberitahu mereka untuk  banyak memberikan masa rehat yang secukupnya kepada kaum Muslimin, dan  jangan memenatkan mereka. Ini adalah penting bagi sesiapa yang mempunyai  kuasa ataupun kepimpinan, termasuk juga kita semua untuk memasukkan  prinsip ini yang tertinggidalam senarai kita, kerana adalah kurang bijak  bagi kita untuk mengharapkan kasih saying Allah sekiranya kita tidak  menunjukkan kasih saying kepada kaum Muslim yang lainnya.
  Terdapat  banyak lagi applikasi kepada kaedah ketenteraan, namum terdapat  kebijaksaan yang tinggi dapat di pelajari dalam pengajaran ini juga:
  Umar  R.A. dengan yakin untuk menggunakan peninjau untuk mengumpulkan  maklumat berkenaan dengan musuh.Bukan sahaja itu, andai kata peninjau  itu di tangkap oleh musuh dan dipaksa untuk melawan mereka, oleh yang  demikian mereka di pilih dari sebelumnya dari mereka yang paling gagah  dalam pasukan tentera.Ini bertujuan untuk menimbulkan satu kesan  psikologi yang tinggi kepada musuh, mengandaikan bahawa mereka dengan  kekuatan terbaik tentera Islam, walaupun tentera Islam yang lainnya  tidak sehebat atau sekuat dengan pasukan peninjau.
  Mengumpulkan  maklumat berkenaan musuh ialah bukan bertujuan untuk melawan mereka,  tetapi sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya peperangan tidak dapat  dielakkan.
  Kaum Muslim seharusnya tidak berhajat kepada  peperangan sekiranya tidak diperlukan, namun apabila terpaksa, kita  mesti bersedia kearahnya.Persiapkan senjata, tentera dan juga informasi  mengenai musuh adalah kritikal, supaya apabila peperangan meletus, kita  dapat bertahan dengan keizinan dari Allah.
  Sesungguhnya,  kebijaksanaan dan iman Umar ibn Al Khattab telah menerangi kita melalui  peredaran zaman dengan hanya sepucuk surat yang mudah kepada tentera  Muslimin melawan Parsi.Kita memohon kpeada Allah untuk merahmati idola  kita yang mulia, Umar Ibn Al Khattab, dan juga merahmati junjungan yang  mulia, Rasulullah S.A.W Sumber:http://pmram.org
   | 
Comments