PMRAM Ucap Tahniah Kepada Saudara Mohd Zulkifli Abd Ghani, Master Al-Azhar Usuluddin Jabatan Dakwah

KAHERAH, 28 Dis - Pelajar Master Universiti Al-Azhar, saudara Mohd Zulkifli Abdul Ghani telah berjaya membentangkan tesis beliau hari ini.

Tesis yang bertajuk "Ad-Du'at Al-Maliziyyun Minal Azhariyyin Wa Dauruhum Fi Nashri Al-Islam Wa Ar-Rad 'Ala Khushum Ad-Dakwah" telah dibahaskan di hadapan empat orang doktor Kuliah Usuluddin, Bahagian Dakwah dan Thaqafah Islamiah.

Mereka ialah Dr. 'Arafah Salim Hassan Saifuddin (Musyrif Utama), Dr. Muhammadi Abdul Basir Abdul Aziz (Pembantu Musyrif), Dr. Muhammad Abdul Aziz Iwadh (Pensyarah Kuliah Usuluddin Bahagian Dakwah, Universiti Al-Azhar Kaherah), dan Dr. Abdul Mun'im Subhi Abu Sha'isha' (Pensyarah Kuliah usuluddin Bahagian Dakwah, Universiti Al-Azhar Cawangan Tanta).

Pembentangan yang dimulakan pada jam 11.30 pagi ini telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang pemerhati yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia.

Perbahasan yang berlangsung selama 5 jam setengah ini telah memperlihatkan sesi perbincangan tesis antara saudara Zulkifli dan barisan doktor Al-Azhar yang mengupas tajuk yang telah dipilih.

Akhirnya pada jam 4.00 petang, Dr. 'Arafah Salim Hassan Saifuddin selaku Musyrif Utama telah mengumumkan keputusan yang diperolehi ialah "Jaiyyid".

Sekalung tahniah daripada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir diucapkan kepada saudara Mohd Zulkifli Abdul Ghani atas kejayaan ini.

Semoga ia dapat menjadi titik tolak dan pembakar semangat kepada seluruh mahasiswa dan mahasiswi dalam mengejar kejayaan di bumi Anbiya' ini.
sumber:http://pmram.org


Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963