Jadikan Peristiwa Hijrah Medium Perubahan Mahasiswa Islam


KAHERAH,12 Disember - Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” – Surah an-Nahl 16: 41-42.

Berdasarkan sirah nabawiyyah yang kita sering dengar di majlis ceramah serta tazkirah, bolehlah kita mengambil pengajaran bahawa manusia sentiasa perlu berhijrah , bahkan kita sebagai umat Islam dituntut supaya menjadikan peristiwa hijrah sebagai satu batu loncatan untuk berubah. Allah dan RasulNya mengiktiraf sahabat-sahabat yang bergelar Al-Muhajirin sebagai golongan yang terbaik dan terpilih kerana mereka adalah golongan yang dipilih dan dikuatkan Allah SWT untuk berhijrah ke Madinah dengan meninggalkan kepentingan peribadi seperti harta, perniagaan, anak-anak, isteri, dan rumah untuk memenuhi perintah Allah supaya berhijrah.

Kita sebagai mahasiswa yang terpilih untuk belajar di Bumi Anbiya` ini sama ada bidang pengajian Islam mahupun perubatan mestilah menjadikan peristiwa hijrah ini sebagai pengajaran terbaik untuk berubah. Perubahan yang terbaik tentulah perubahan sikap dan akhlak kerana ia adalah bantuk perubahan yang kedua selepas perubahan akidah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW semasa mentarbiyah para sahabat ketika di Mekah.

Maka bolehlah kita simpulkan disini bahawasanya, malas ke kuliah, malas membaca buku, tidak berminat dengan persatuan, tidak pergi talaqi, couple, chating tidak syar`ie, ikhtilat adalah berpunca daripda sikap yang negatif. Semestinya dengan penghijrahan daripada sikap yang negatif kepada sikap positiflah yang boleh mengubah segala-galanya.

Oleh kerana itu, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) mengajak semua ahli untuk menghayati peristiwa Maal Hijrah untuk bersama-sama melakukan perubahan demi kebaikan bersama.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL