Iftor Jama`ie Sempena Hari `Asyura


Biro Dakwah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) mengajak semua ahli untuk bersama-sama menghidupkan sunnah Bulan Muharram iaitu berpuasa dihari Assyura. Ini kerana ia merupakan sunnah yang sangat dituntut oleh Islam bahkan ianya merupakan kefarduan bagi umat Islam sebelum difardukan puasa di bulan Ramadhan.

Amalan berpuasa di hari Assyura ini berdasarkan kepada beberapa hadis anataranya:
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya". Sabda Nabi, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)

Dari Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (Sahih Muslim)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "moga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Oleh itu, kita digalakkan supaya berpuasa di hari assyura dan dituntut kepada kita supaya puasa Asyura tersebut mestilah berkembar dengan 9 Muharam ataupun 11 Muharram bagi membezakan antara ibadah berpuasa umat Islam dan ibadat puasa Yahudi dan Nasrani.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL