Cedera, syahid dan serangan roket di Gaza



GAZA,10 Disember- 3 penduduk Palestin cedera pagi tadi.

Jelas sumber perubatan bahawa tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke atas dua remaja Palestin yang bekerja petani dan tukang kayu di utara Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza. Kecederaan yang dialami kedua-dua remaja disifatkan pertengahan.

Sementara itu dalam kejadian lain, pemberita safa melaporkan tentera rejim zionis menembak seorang remaja berusia 15 tahun, Nidhal Hassan An-Najjar sewaktu mangsa berada di tanah pertanian, Khuza'ah, timur Khan Yunus.

Tembakan zionis telah mencederakan pehanya. Berikutan itu, Nidhal telah dibawa ke hospital Eropah-Gaza untuk rawatan.

Kejadian lain yang dilaporkan dari Rafah, selatan Semenanjung Gaza bahawa menara-menara kawalan tentera zionis di sekitar perlintasan Karem Abu salem melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk Palestin di kawasan Shaukah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza.

Jelas Safa, serangan zionis di Rafah tidak dilaporkan mengenai kecederaan dikalangan penduduk.

2 remaja syahid

Menjelang waktu zohor tadi, satu letupan dari sisa serangan zionis telah mengakibatkan dua remaja Palestin syahid.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan, Adham Abu Salmiah menjelaskan, mangsa letupan, Muntasar Umar Al-Bataniji, 16 dan Mukmin Nahidh Halas, 16 mengalami kecederaan yang kritikal, kemudian tidak lama selepas itu, kedua-duanya syahid.

Menurut saksi kejadian berkata, kedua-dua remaja itu bermain-main dengan sisa peluru misil bersebelahan dengan sebuah rumah yang dibom kereta kebal zionis pada hari rabu lalu.

SARAYA AL-QUDS bedil unit khas zionis

Dari pihak pejuang, SARAYA AL-QUDS yang merupakan sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI mengumumkan pihaknya membedil sebuah unit khas tentera zionis dengan peluru mortar pagi tadi.

Kenyataan SARAYA-ALQUDS yang disampaikan kepada agensi berita Safa menjelaskan, pejuangnya membedil unit khas zionis ketikamana tentera-tentera zionis tiba berhampiran lokasi Abu 'Amir di barat Kissufim, selatan Semenanjung Gaza.

Sementara itu, satu serangan roket Palestin buatan tempatan gugur di sebuah kawasan penempatan haram 'Ushkul', barat Naqab, selatan tanah jajahan 1948.

Radio Am Israel dalam web beritanya menghebahkan bahawa serangan roket tidak mengakibatkan sebarang luka parah atau kerosakan harta benda. Sumber 10/12/2010, web berita safa.ps

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL