Syahid dan cedera dalam pengeboman zionis di Gaza

GAZA - Laporan terkini menyebut seorang Palestin syahid dan tiga lagi cedera dalam satu letupan di pertengahan bandar Gaza.

Letupan kuat yang dikatakan dari sebuah serangan mengakibatkan ada penumpang kereta yang anggota tubuhnya berselerak.

Menurut berita Al-Jazeerah pada jam 1.00 petang, waktu Mesir menyatakan sebuah kereta penumpang yang melalui sebatang jalan utama berhampiran pejabat keamanan di pertengahan bandar Gaza menjadi sasaran pengeboman rejim zionis.

Gambar(safa): Kereta penumpang yang menjadi mangsa serangan pesawat rejim zionis.


Laporan dari web berita 'Safa' pada jam 11.25 pagi, waktu Palestin menukilkan kenyataan dari Penyelaras Media Perkhidmatan Perubatan Tentera, Adham Abu Salmiah yang memaklumkan bahawa mangsa yang syahid, Muhammad Jamal An-Namnam, 26 dan penumpang lain yang cedera telah dibawa ke hospital Shifa'.

Sumber(Al-Jazeerah) menjelaskan lagi mangsa yang syahid adalah dari pejuang JAISHUL-ISLAM.

Jelas dari berita Al-Jazeerah dan web berita safa yang menukilkan dari Kementerian Dalam Negeri Palestin di Gaza telah mengesahkan pengeboman tersebut natijah dari pengeboman pesawat pengintip rejim zionis.

Pemberita Al-Jazeerah melaporkan ketika kereta yang dibom itu meletup, beberapa buah pesawat tempur zionis dan pesawat pengintip terus berlegar-legar di ruang udara. Sekaligus mendorong beberapa sumber kejadian menjelaskan letupan tersebut ekoran dari pengeboman pesawat pengintip ke atas kereta berkenaan.

Jurucakap unit kecemasan Kementerian Kesihatan Gaza berkata, 3 orang dari mangsa pengeboman itu adalah wanita dan mereka mengalami kecederaan dalam serangan zionis.

Sementara itu, tentera rejim zionis enggan mengulas tentang kejadian tersebut biarpun Semenanjung Gaza yang di bawah sekatan dalam keadaan tenang beberapa ketika.

Kejadian sedemikian dinyatakan adalah serangan pertama setelah perang lalu ketikamana keadaan di Gaza tenang. Malah turut mendorong pihak keamanan dan keselamatan terus berwaspada setiap masa. Di samping itu, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin di Gaza juga mengambil sikap berjaga-jaga. Sumber 03/11/2010, web berita safa.ps, berita Al-Jazeerah dan web berita Al-Jazeerah

Dipetik dari : PMRAM - MAP 2 STREET

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL