SAIDINA ABU UBAIDAH IBN AL-JARRAH

BIODATA

Nama asal beliau ialah Amir bin Abdullah bin Al-Jarrah. Dilahirkan di Makkah. Berasal daripada kaum Quraisy yang terhormat, suku al-Harith ibn Fihr. Merupakan salah seorang Muhajirin yang hadir semasa saqifah Bani Sa'ad. Beliau mempunyai tubuh badan yang tinggi, kurus, bemuka ceria, berjanggut nipis, zuhud dan mempunyai sifat malu yang tinggi.

Beliau adalah di antara golongan yang awal memeluk Islam berkat dakwah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. . Dia merupakan antara sahabat yang berhijrah ke Habsyah, dan kemudian ke Madinah. Sangat mencintai Rasulullah SAW sepanjang hidup beliau dan di antara sahabat yang dijanjikan Syurga oleh Rasulullah SAW, sentiasa bercita-cita untuk mati syahid.

KELEBIHAN BELIAU


Suatu hari, Rasulullah SAW bersabda sambil memegang badan Abu Ubaidah dengan tangan kanan Baginda :

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :" ان لكل أمة أمينا, ,وان أمين هذه الأمة أبو عبيدة بن الجراح"

“Bahawasanya bagi setiap umat ada penjaga amanah(orang yang dipercayai), dan bahawasanya penjaga amanah(orang yang dipercayai) bagi umat ini adalah Abu Ubaidah bin Al-Jarrah”

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud :
"Tiga orang yang paling terkemuka dalam suku Quraisy memiliki sifat yang terbaik dan paling sederhana. Mereka adalah Abu Bakar, Uthman bin Affan dan Abu Ubaidah al-Jarrah".

Salah seorang sahabat Nabi iaitu Khalid Al-Walid segan dan kagum akan kehebatan dan karisma beliau. Sehingga dalam peperangan menentang Rom Byzantine, sewaktu proses penyerahan tugas dari Abu Ubaidah kepada Khalid, Khalid berkata:
"Demi Allah, kalau tidak kerana mematuhi arahan khalifah, aku tidak akan memerintahkan kamu ataupun berada di atas kamu. Engkau lebih mulia dari aku. Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang sahabat Nabi. Tapi kamu adalah yang hormati. Kamulah yang baginda panggil 'Penjaga Amanah Umat'."

Begitu juga dengan Umar. Ketika para sahabat berselisih pendapat mengenai rombongan ke Amawas ketika berlakunya wabak taun, Abu Ubaidah mengatakan kepada Umar:
"Wahai Umar. Apakah kamu mahu lari daripada takdir Allah?"

Umar yang merenung wajah Abu Ubaidah kerana merasa segan dengan teguran dan karisma Abu Ubaidah mengatakan:"Sekiranya ada orang lain yang mengatakan perkara itu selain daripada kau wahai Abu Ubaidah, ya, aku akan lari dari takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah yang lain."

Selepas kewafatan Nabi Muhammad, Abu Ubaidah merupakan antara calon pilihan Abu Bakar untuk menjadi khalifah bersama Umar. Namun umat Islam ketika itu sepakat untuk memilih Abu Bakar sebagai Khalifah Rasulullah yang pertama. Beliau juga dikenali oleh orang Islam dan Yahudi Madinah pada ketika itu sebagai perunding dan pembuat keputusan yang terbaik di kalangan para sahabat.

Selepas kewafatan Abu Bakar, Abu Ubaidah menjadi panglima besar bagi menggantikan Khalid ibn al-Walid untuk menjadi panglima perang di Syria. Berjasa besar dalam peperangan antara tentera Islam dengan tentera Rom Byzantine dalam siri Peperangan Islam-Rom Byzantine. Umar pernah mengkehendaki beliau sebagai calon khalifah selepas Umar, namun dia meninggal dunia terlebih dahulu.

KISAH KEWAFATAN BELIAU

Pada tahun 18 Hijrah adalah tahun kesedihan bagi umat Islam di Jordan kerana ramai pejuang Islam tewas dipembaringan kerana dijangkiti wabak taun. Apabila sampai khabar ini kepada Saidina Umar Al-Khattab, lalu saidina Umar yang pada ketika itu menjadi Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua telah mengutuskan surat kepada Abu Ubaidah untuk memerintahkan beliau untuk pulang ke Madinah. Apa yang menyedihkan Saidina Umar, arahan tersebut ditolak oleh Abu Ubaidah, walaupun sebenarnya beliau adalah seorang sahabat yang sebelum ini tidak pernah ingkar dengan perintah pimpinan. Ini disebabkan beliau tidak sanggup untuk meninggalkan sahabat-sahabat seperjuangan beliau di Jordan. Akibat dari wabak tersebut beliau terkena jangkitan taun lalu meninggal di Jordan pada 18 Hijrah bersamaan 640 M tanpa sempat berjumpa dengan ahli keluarga beliau. AL-FATIHAH.

Disediakan oleh :
Maziah Bt Jamaludin
Felo Manhal PMRAM

Dipetik dari : MANHAL PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963