Merapi: 337 Kes Trauma Dilaporkan


Jakarta, 12 Nov- Pasukan Kesihatan Bencana Merapi Jawa tengah- Yogyakarta melahirkan kebimbangan penambahan terhadap mangsa bencana yang mengalami masalah psikologi akibat dari bencana yang menimpa. Ia berikutan daripada kekurangan tenaga untuk membantu merawat mangsa yang mengalami trauma atas kejadian tersebut.

Di Jawa Tengah sahaja mempunyai 12 orang doktor psikiatri dan 7 orang doktor psikologi dan dalam masa yang sama jumlah mangsa yang ditempatkann di penempatan sementara menjangkau 95 ribu orang. Untuk menampung jumlah mangsa bencana di tempat penempatan sementara, sewajarnya memerlukan 30 orang doktor psikologi . Ia dapat menampung jumlah mangsa yang berada di 224 pusat penempatan sementara.

Kekurangan tenaga psikologi ini wajar di atasi dengan mengerah ribuan pusat kesihatan masyarakat yang berada berhampiran dengan pusat penempatan sementara untuk memainkan peranannya.


` Tidak semestinya memerlukan kepada psikiatri semata-mata, bahkan boleh digunakan tenaga dikalangan pimpinan masyarkat, pemimpin agama dan pemimpin-pemimpin dikalangan daerah. bagi membantu mangsa yang terselamat dalam bencana Merapi ini' kata pegawai Kesihatan yang ditugaskan.

Berdasarkan catatan, kes gangguan psikologi di pusat penempatan sementara kini telah mencapai sebanyak 377 kes seperti dilaporkan.


video

Terdahulu, letusan terus berlaku yang menyebabkan asap tebal berkepul keluar dari corong mulut gunung Gunung Merapi. Letusan terus berlaku sehinggalah berita ini dikeluarkan pada hari ini (13 Nov jam 10.05 pagi waktu tempatan)


Di Olah dan Disunting: Detiknews


Dipetik dari : PMRAM - We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL