Jamiyah Syariah : Agenda Kebajikan Terus Dicurah


KAHERAH, 10 Nov - PMRAM hari ini terus komited menabur bakti mencurah kebajikan kepada mahasiswa Mesir demi merealisasikan hadaf dan tujuan menjaga kebajikan mahasiswa Malaysia.

Ini dibuktikan dengan pertemuan Naib Presiden III Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM Saudara Mohd Farkhan Md Zain bersama Pegawai Mahasiswa Asing Jamiyah Syariah Pusat di Emiriah ketika membuat proses pembaharuan penerima bantuan bulanan NGO tersebut.

Seramai 86 orang mahasiswa yang telah selesai melakukan pembaharuan tersebut dan baki daripadanya masih belum membuat pembaharuan.

Bantuan bulanan yang diterima berupa sejumlah wang tunai sebanyak LE100 merupakan satu jumlah yang banyak bagi menampung kewangan semasa bergelar mahasiswa.

Bantuan ini hanya melibatkan mahasiswa Pengajian Islam Universiti Al Azhar sahaja tidak termasuk Maahad Shoubra dan Perubatan Al-Azhar.

HARGAI NIKMAT

Mengulas mengenai aduan dari pihak pengurusan Jamiyah Syariah Pusat mengenai segelintir penerima yang tidak mengambil bantuan yang diberi, Naib Presiden III menyarankan agar penerima perlu hargai nikmat bantuan ini melalui kerjasama erat PMRAM dan Jamiyah.

Bukan mudah untuk pelajar-pelajar Malaysia menerima bantuan tanpa melihat prestasi pengajian secara bulanan seperti bantuan dari pihak Maktab Zakat Kuwait, Al Azhar, WAMY dan lain-lain lagi.

Tambahan beliau lagi, mahasiswa negara asing lain cukup bersungguh untuk memohon bantuan ini disebabkan ianya dapat membantu menampung kewangan semasa penerima per bulan.

Beliau berkata demikian setelah berkongsi maklumat bersama Presiden Mahasiswa Thailand ketika bertemu bersama di Jamiyah Syariah Pusat.

Hampir 200 penerima bantuan dikalangan mahasiswa Thailand yang selesai memperbaharui bantuan tersebut.

Dalam perkembangan lain pula, beliau berharap kerjasama antara PMRAM dan Jamiyah Syariah ini dapat dikukuh lagi dengan kerjasama ahli sebagai penerima bantuan.

Bagi pengambilan baru akan di umumkan selepas menerima makluman dari pihak Jamiyah.

Sehingga hari ini, PMRAM telah berjaya melebar luas kerjasama ini ke muhafazah Damanhur, Dumyat dan Shibin El Kom.

Dipetik dari : PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL