.: BKPPPM Menziarahi Adik Ahmad Iqbal Di Hospital :.


ISKANDARIAH, 6 November – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) telah menziarahi adik Ahmad Iqbal Bin Hafiz yang telah dilahirkan pada 1 November 2010. Selepas dilahirkan, adik Ahmad Iqbal telah ditahan di hospital kerana dilahirkan tidak cukup bulan.

Rombongan yang diketuai oleh Yang Dipertua BKPPPM Ustaz Muhamad Hilmi Bin Md Yusof bersama dengan Ajkt yang lain telah tiba dirumah saudara Mohd Hafiz bin Omar pada jam 3.30 petang dan disambut oleh beliau beserta isteri. Dalam pertemuan bersama saudara Mohd Hafiz, beliau ada menyebut mengenai kos rawatan anak beliau yang mencecah hampir LE 400 sehari. Sehingga hari ini telah masuk hari yang keenam anak beliau dirawat di hospital dan kos keseluruhan hampir LE2400.

Disamping itu, rombongan beserta saudara Mohd Hafiz sempat untuk menziarahi anak beliau di Hospital Takhasus Al-Ahram di Assofirah. Di akhir pertemuan, Yang Dipertua memberikan sumbangan sebanyak LE 1285 hasil kutipan daripada tabung derma kilat dan sumbangan BKPPPM.

Selain itu, saudara Mohd Hafiz juga mengharapkan kepada kita semua untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan anak sulung beliau. BKPPPM mengalu-alukan sumbang serta bantuan daripada semua pihak untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh saudara Mohd Hafiz dan isteri.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL