Gunung Merapi di Indonesia Kembali Aktif


Jakarta 29 Okt 2010 - Sekitar 30 orang mangsa Gunung Merapi telah terkorban apabila gunung itu sekali lagi meletus dan menghamburkan abu dan laharnya di Pulau Jawa awal minggu ini.



Setakat ini tiada laporan terbaru tentang kerosakkan yang dikeluarkan, tetapi kebanyakkan mangsa yang tinggal di lereng bukit dan di zon bahaya terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.

Kejadian itu di gambarkan dengan bermulanya kepulan gas panas mula kelihatan di udara sepanjang satu kilometer dari puncak gunung yang berukuran setinggi 2,968 meter.Kesannya debu tebal mula merebak ke kampung-kampung yang terdekat.

Pengkaji volcano(pakar gunung merapi)berkata ia bukanlah sesuatu yang baru, malah ia dapat membantu menstabilkan kembali gunung merapi itu berikutan kejadian yang berlaku selasa lepas.



“saya melihat kepulan gas panas pada jam 6:10 pagi sepanjang 3.5 kilometer dari arah Tenggara dan diikuti dengan hujan abu,”kata Heru Suparwoko pengkaji volcano,yang diberitakan oleh agensi AFP.

Seorang ahli saintis Safari Dwiyono yang telah mengkaji Merapi selama 15 tahun ,berkata “kepulan awan ini sangat merbahaya dan ianya akin memberi kesan kepada letusan berikutnya”.

Tambahan beliau lagi,jika tekanan itu dilepaskan sedikit demi sedikit ia dapat membantu mengurangkan letusan yang lebih dahsyat yang akan berlaku.

Lebih dari 40 000 mangsa terlibat telah dipindahkan ke perkampungan sementara berhampiran kota Yogyakarta pada hari isnin yang lalu.

Beberapa kawasan sekitar kejadian telah hancur antaranya Desa Kinahrejo,Ngrangkah,dan Kaliadem. Selain itu,para pegawai membantu memindahkan haiwan-haiwan ternakan dari kawasan kejadian ke tempat yang lebih selamat untuk mengelakkan rasa ketakutan penduduk kampung untuk pulang ke perkampungan masing-masing.



Al jazeera Vaessen melaporkan dari ibu kota, bahawasanya pihak berkuasa mengalami kesulitan dalam meyakinkan penduduk kampung untuk pindah ke kem-kem sementara yang telah disediakan.Ini berikutan kejadian aneh yang berlaku pada pagi tersebut. Disebabkan itu, ketua polis terpaksa turun padang bagi memeriksa kawasan tersebut.

Para Pegawai melaporkan kesan dari gunung berapi ini akan mengancam sebuah Kompleks Candi Borobudur pada abad ke-9.Candi Borobudur ini merupakan kawasan pelancongan yang terkenal yang menarik berjuta-juta pengunjung setiap tahun terpaksa ditutup sehingga pemuliharaan dapat dijalankan.

Disunting dan di Olah: Portal al Jazeera
Sumber Foto: DetikCom

Dipetik dari : We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963