Cuaca Buruk Menyukarkan Proses Bantuan Kepada Mangsa Tsunami di Indonesia

Mangsa yang diletakkan di Pusat Penempatan Sementara


Jakarta 29 Okt 2010 – Keadaan cuaca buruk menyukarkan lagi pihak bantuan kemanusiaan menghantar bekalan bantuan kepada mangsa.

Hujan lebat dan paras laut naik lebih tinggi menyebabkan kesukaran kapal-kapal memberikan bekalan bantuan ke pulau-pulau yang terpencil di Mentawai yang melalui pantai barat Sumatera.

Lebih 400 orang disahkan telah meninggal dunia, tetapi kebanyakkan nya belum dikenal pasti dari kawasan mana mayat itu dijumpai dan lebih 300 orang masih lagi hilang.

Tsunami ini tercetus sehingga 7.7 magnitud di bawah paras laut bumi.

Bencana

Pegawai kerajaan mula merancang untuk menghulurkan bantuan melalui udara akan tetapi laporan mengatakan helikopter yang ingin dihantar tidak mencukupi untuk sampai ke daerah yang musnah teruk.

Kerajaan juga telah menjanjikan berjuta-juta dolar dalam usaha memberi bantuan kepada mangsa, tetapi agensi bantuan kemanusiaan lebih menyarankan supaya menyalurkan bantuan dalam bentuk makanan dan tempat tinggal.

Penduduk yang tinggal di Indonesia sedang berusaha untuk menstabilkan keadaan mereka yang disebabkan letusan Gunung Merapi di Jawa Tengah yang telah meragut 30 nyawa.

Pegawai bencana Ade Edward mengatakan gelombang setinggi tiga meter itu berkemungkinan telah membawa mereka hilang ke laut atau sudah tertimbus dalam pasir.

Berikutan bencana tsunami yang berlaku pada Khamis lepas, Edward telah menjangkakan kemungkinanan besar korban mangsa adalah lebih banyak.

“ Daripada kesemua mangsa yang hilang, kami beranggapan bahawa dua pertiga daripada mereka kemungkinannya telah mati dibawa arus atau ditimbus pasir.” kata beliau kepada agensi berita AFP.

“ Ketika kami sedang melalui di kawasan tersebut, kami mendapati banyak mayat bergelimpangan dan beberapa di antaranya tersangkut di atas pohon.”

Statistik menganggarkan 200 orang yang lain telah terbunuh semasa kejadian. Agensi berita AFP melaporkan bahawa 468 buah rumah telah hancur disebabkan gelombang tsunami tersebut.

Ketua kampung, Tasmin Saogo mengatakan kepada perkhidmatan BBC Indonesia bahawasanya mereka telah mula mananam mayat-mayat yang dijumpai di pulau tersebut.

“Di Desa Sadegugung, kami tidak menjumpai mayat yang sempurna sifatnya dan kemudiannya, kami hanya mengangkat mereka dan menanam 95 mayat sahaja hari ini,” katanya.

Sila lihat di pautan ini untuk paparan laporan video



Sementara itu, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono sedang berusaha meredakan satu konflik politik sehinggakan beliau telah dikritik oleh ahli politik pembankang yang lain dengan kenyataan, beliau tidak peka dan leka dengan situasi yang melanda penduduk di Jakarta itu.

Sejurus selepas itu, parti itu meminta maaf atas kecuaian bagi pihak beliau.

Ketua DPR Marzuki Ali memberi ulasan serta mencadangkan supaya tidak ada seorang penduduk pun yang akan tinggal di sebelah laut. Tambah beliau lagi, “dan sesiapa yang takut bencana ini akan berulang, mereka tidak harus hidup berdekatan dengan pantai itu lagi.”

Sebelumnya, Presiden Yudhoyono membatalkan lawatan beliau ke Vietnam dalam mengawasi segala usaha keselamatan penghantaran bantuan berisi makanan dan keperluan asa yang lain dengan menggunakan helikopter ke pulau-pulau terpencil, dan sebaliknya tidak dapat dicapai.

Pegawai Indonesia berkata, penduduk setempat, telah diberika amaran tidak ada gelombang yang akan datang, sebagai satu sistem amaran tsunami yang berteknologi tinggi yang dipasang berikutan kejadian tsunami besar pada tahun 2004 di Lautan Hindi yang tidak berfungsi.

Kepulauan Indonesia yang paling luas yang terletak di Bulatan Api Pasifik adalah salah satu daerah yang paling aktif sehingga boleh mengakibatkan gempa bumi dan gunung berapi meletus.

Lebih daripada 1,000 orang terbunuh akibat gempa bumi di Sumatera pada bulan September 2009 yang lepas. Pada bulan Disember 2004, gegaran sekuat 9.1 meter selepas tsunami yang berlaku di pantai Acheh di Lautan Hindi yang telah mengorbankan satu per empat juta orang di 13 buah negara termasuk Indonesia, Sri Lanka, India dan Thailand.

Disunting dan di olah : BBC News

Dipetik dari : We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963