25 Oktober 2004.. Sejarah Pahit Bagi Tak Bai Dikenang




Kisah derita ummah semakin menekan dan meruntun jiwa umat Islam yang bersaudara. Pelbagai rentetan terhadap kebiadapan mereka yang tidak senang dengan Islam. Isu Palestin yang tiada kesudahan, cacamerba di Afghanistan dan Iraq lantaran kerakusan AS menginjak ISLAM. Mereka seolah-olah ‘singa yang kehausan darah umat’. Hari ini, kita mengimbas kembali episod derita ummah di Selatan Thailand yang majoritinya mereka adalah saudara seIslam kita. Ianya bagi menyedarkan ummah bahawa terdapat sejarah pahit bagi penganut Islam di Thailand yang perlu diketahui dan diingati selain ulang tahun memperingati Kejatuhan Empayar Islam di Turki. Sejarah dan peristiwa ini bagi meningkatkan sensitivit ummah akan nasib umat Islam di tempat lain.

25 Okt 2010 genap 6 tahun Tahun Sejarah Hitam yang mengejutkan seluruh umat Islam tentang peristiwa pembunuhan beramai-ramai secara kejam di Tak Bai rentetan ketidakadilan yang dirasakan seluruh umat Islam yang menyebabkan kerap berlakunya pertikaian dengan tentera pemerintah. Muncul peristiwa Tak Bai yang sangat menjadi perhatian umat Islam kerana pemberontakan dan penindasan terhadap penduduk yang majoritinya Islam sangat mengerikan dan melampau.

Peristiwa hitam yang berlaku pada 25 Oktober 2004 ketika bulan Ramadhan itu telah mengakibatkan kematian seramai 85 orang umat Islam setelah berlaku pertikaian di antara penunjuk perasaan di kalangan penduduk terhadap pasukan tentera Thailand.

Bermulanya perisitiwa pada hari Isnin, di hadapan balai polis di Daerah Tak Bai, Narathiwat, para penunjuk perasaan membuat demonstrasi terhadap penangkapan 6 orang warga Pattani Muslim yang mana mereka adalah anggota Pertahanan Sipil (HANSIP) diantaranya termasuk empat orang ustaz yang ditahan atas tuduhan menyerahkan senjata kepada kelompok pejuang Patani. Mereka mengatakan senjata anggota HANSIP itu memang benar-benar telah dicuri. Menurut sumber, didapati 10 senjata telah dicuri dari HANSIP dan penjaga keamanan di Pattani. Maka dengan itu, berlakulah proses mahkamah dalam menuntut keadilan terhadap 6 orang tahanan tersebut.

Penahanan tersebut terus mendapat bantahan dari sekitar 3,000 orang Islam yang kemudiannya mengadakan demonstrasi aman dan tunjuk perasaan di hadapan balai polis. Tindakan tersebut dilakukan berikutan dengan penindasan dan kekejaman yang mereka alami selama ini. Akan tetapi, perhimpunan yang pada mulanya mampu untuk dikawal berubah menjadi satu sejarah hitam bagi penduduk Tak Bai itu apabila pihak polis dan tentera mula bertindak kasar lalu menggunakan gas pemedih mata, meriam air serta melepaskan tembakan terhadap penduduk dan penunjuk perasaan. Hasil dari itu mengakibatkan 6 orang tahanan tadi mati kerana terkena tembakan.

Beratus penduduk tempatan yang kesemuanya beragama Islam diperlakukan seperti binatang diseksa, dipukul dengan senjata serta ditendang tanpa rasa belas kasihan. Mereka dipaksa merangkak di atas jalan dan dipaksa berkumpul tanpa baju, di atas tanah yang berlumpur dengan kawalan ketat tentera bersenjata. Darah yang mengalir dimerata-rata tempat tetap tidak dapat mengurangi kebengisan hati tentera pemerintah.


Kebencian umat Islam di Tak Bai mula memuncak berikutan kematian 85 orang penduduk penunjuk perasaan meninggal dunia akibat sesak nafas serta sekitar 1,300 orang telah ditangkap dan dibawa dengan trak dalam keadaan berlapar kerana puasa. Tangan diikat ke belakang dan mereka dicampakkan ke dalam trak dalam keadaan terbaring tindih-menindih hingga lima lapis. Trak pula ditutup dengan kain tebal yang kedap udara. Perjalanan mereka itu mengambil masa selama 5 jam untuk sampai ke Markas Komando Militer IV Wilayah Selatan.

Pada awalnya, angka mangsa yang terkorban dilaporkan hanya 6 orang.Kemudian meningkat dengan mendadak kepada 84 orang. Menurut penduduk tempatan jumlah mangsa yang terkorban sebenar melebihi daripada 100 orang. Statistik yang diberikan oleh seorang pemerhati bebas menjelaskan bahawa 1298 orang mengalami kecederaan, 6 orang yang meninggal dunia serta merta adalah 6 tahanan tersebut,78 orang mati di hospital dan 35 mayat ditemui terapung di Sungai Nara.

Tragedi Tak Bai ini boleh di ibaratkan seperti ‘pembunuhan beramai-ramai yang disengajakan (secara perlahan-lahan)’. Perdana Menteri Thailand ketika itu, Thaksin memberi sokongan penuh di atas tindakan tenteranya. Kenyataan beliau mengundang kemarahan seluruh Muslim kerana satu kenyataan yang begitu biadap dan penghinaan terhadap Islam secara terang-terangan. Katanya “..kesemua 85 orang yang mati akibat terlalu lemah setelah berpuasa bulan Ramadhan.”

Kejadian Tak Bai ini telah mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan meningkatkan lagi keganasan di selatan Thailand. Rentetan dari peristiwa inilah, semakin banyak pembunuhan yang berlaku di Selatan Thailand ini. Salah satu nya berlaku pembunuhan terhadap seorang penjaga masjid Hidayatul Muslimin di Narathiwat, Imam Awing Karim ditembak ketika menaiki tangga masjid untuk melaungkan solat Jumaat. Ini menunjukkan keberaniannya tentera-tentera untuk melakukan penindasan terhadap umat Islam semakin meluas.



Di catat Oleh Unit Kemanusiaan PMRAM dari sumber:
Aman Pattani
Video You Tube

dipetik dari : We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963