Sejarah Dan Ibrah Pembukaan Konstantinople
Sabda Rasulullah SAW : “Konstantinopel itu pasti akan dibebaskan. Sebaik-baik pemimpin (penawan)nya dan sebaik-baik tentera adalah tentera (yang menawannya)” (Hadis) Detik 29 Mei 1453, seorang pemuda yang berumur 19 tahun sudah berjaya menawan Kota Konstantinapole. Kota yang dijanjikan oleh Nabi Muhammad SAW untuk dibebaskan daripada Kristian Ortodok dari Negara Rom. Sultan Muhammad al-Fateh itulah pemuda yang dimaksudkan Nabi Muhammad SAW. 800 tahun selepas sabda Nabi, kota ini telah dibuka dan dibebaskan oleh Sultan Muhammad al-Fateh. Baginda merupakan Khalifah Uthmaniyah yang ke-7. Kempen untuk membebaskan Kota Konstantinopel telah di usaha semenjak zaman kerajaan Umayyah dan Abbasiyah lagi, namun kempen untuk membebaskannya tidak berjaya. Banyak percubaan untuk membebaskannya, 5 kempen di zaman kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman kerajaan Abbasiyyah dan 2 kempen di zaman kerajaan Uthmaniyyah. Bahkan percubaan untuk membebaskan kota ini telah diusa...