JEPUN BEKU ASET BASYAR ASSAD

Jepun membekukan aset milik Presiden Syria, individu dan kumpulan yang berkaitan selepas Amerika Syarikat dan Eropah mengenakan sekatan bertujuan mewujudkan peralihan demokrasi di negara Timur Tengah.

Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan kuasa Barat yang lain mahu Assad menamatkan keganasan yang menjangkau 5 bulan ke atas penunjuk perasaan pro demonstrasi. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu melaporkan sebanyak 2000 rakyat Syria telah terkorban.

Jepun tidak mengimport produk minyak atau minyak mentah dari Syria. Seorang pegawai Kementerian Kewangan melaporkan segala aset Assad, 14 individu dan 6 kumpulan yang terlibat akan terhad.

Agensi berita Kyodo memetik kenyataan Menteri Luar Jepun, Koichiro Gemba dalam mesyuarat kabinet "Negara kita perlu menyumbang kepada usaha global yang bertujuan menyelesaikan masalah di Syria."

Selain Assad, senarai sekatan termasuk pegawai kanan kerajaan seperti Naib Presiden Syria, Farouk al-Shara dan Menteri Dalam Negeri, Mohammad Ibrahim al-Shaar. Organisasi terlibat antaranya Perisikan Tentera Syria dan Pelaburan Kumpulan Wang, Al-Mashreq.

Sumber Olahan: Todays Zaman

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL