Hisbah Terus Bergerak Menjayakan Usul Muktamar PMRAM



PDF Print E-mail
KAHERAH,1 Dis - Bagi memastikan aktiviti nahi mungkar diperkasa, Hisbah Pusat mengadakan liqa` Hisbah seluruh cawangan untuk mengumpul kekuatan.

Liqa` yang diadakan di Wisma Perak B ini bertujuan menyelaraskan maklumat Hisbah diseluruh peringkat memandangkan kebanyakannya adalah tenaga-tenaga baru.

"Kita mendapati segelintir mahasiswa menjadikan Hari Jumaat sebagai hari untuk mereka melakukan aktiviti tidak bermoral mereka, maka memerlukan satu tindakan dari kita secara kolektif untuk membasmi kegiatan tersebut" ujar saudara Majdi Zakaria selaku Ketua Hisbah Pusat.

Pada masa yang sama, Hisbah Pusat sentiasa mengharapkan agar pendekatan untuk menegur siswa perubatan lebih efisyen dan berhikmah.

"Kita perlu menerima suasana dan menganggap ia adalah satu cabaran buat mahasiswa agama dalam mempraktik ilmu dakwah", kata saudara Jamal Najmuddin Sulaiman selaku Ketua Operasi Hisbah Pusat.

"Ilmu semata-mata tidak mencukupi bahkan pengalaman sendiri amat penting apabila kita terjun ke medan untuk menegur pelaku-pelaku hisbah tersebut" tambahnya lagi.

"Gerak kerja Hisbah perlu ditingkatkan, pada bulan yang lalu Roadshow Gempur Syakhsiah telah dilaksanakan bertujuan memahamkan ahli berkaitan Hisbah. Justeru, pelaksanaannya pada kali ini hendaklah digandakan". ujarnya lagi.

Sebelum akhir, sebagai penghargaan buat petugas-petugas Hisbah, pihak Hisbah Pusat mengagihkan vest dan kad hisbah untuk setiap cawangan.


Penyerahan telah disempurnakan oleh Penasihat Hisbah PMRAM saudara Mohd Adlan Mokhtaruddin selaku Ketua Lajnah Dakwah dan Pembangunan Insan PMRAM, juga serahan kad Hisbah diperingkat HEWI dijayakan oleh saudari Hurriyah Abdul Mokti selaku Ketua Unit Dakwah dan Pembangunan Insan HEWI
Sumber:http://pmram.org/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL