PERUTUSAN HARI RAYA DARIPADA YDP BKPPPM

Bismillah wal hamdulillah, segala puji dan puja hanya layak bagi Allah swt, selawat dan salam buat junjungan mulia baginda Rasulullah SAW, para sahabat dan ahli keluarga baginda serta seluruh pejuang Islam. Firman allah swt : “ Dan supaya kamu sempurnakan bilangan puasa Ramadhan dan supaya kamu membesarkan allah kerana mendapat petunjuk-NYA, dan supaya kamu bersyukur”. (surah Al-Baqarah: ayat 185) Sahabat-sahabatku, Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita pada kali ini, membawa ribuan nikmat dan peluang, entah sempat atau tidak untuk menemui Ramadhan yang akan datang. Hakikatnya, yang berlalu sudah pasti menjadi kenangan dan sejarah buat kita. Namun, pemergian Ramadhan bukan sebagai garisan penamat bagi kita selaku muslim untuk culas dan malas beribadah. Nabi SAW ada menyebut “ Jadilah kamu hamba Allah yang Rabbani, janganlah kamu menjadi hamba Ramadhan ”. Islam mengajar kita supaya ibadah yang kita laksanakan bukan hanya terhenti bila bermu...