Posts

Showing posts from March, 2011

Mahasiswi Diacukan Pisau, Telefon Dirampas

Image
KAHERAH, 29 Mac - Seorang mahasiswi telah diacukan sebilah pisau ketika sedang menunggu kawannya di luar rumah sewa yang berdekatan dengan Kompleks Haiyyu A'syir pagi tadi. Kejadian berlaku diantara jam 7.30 sehingga 8.30 pagi ketika beliau sedang menelefon kawannya dan telah didatangi dua orang lelaki asing yang berada tidak jauh dengannya. Ketika dihubungi wakil pelajar tersebut, mangsa telah menyedari yang lelaki terbabit sedang memegang sebilah pisau dan apabila mangsa menjerit meminta tolong mereka terus mengacukan pisau kepadanya, mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan kemudian telefonnya dirampas. Mangsa kini dalam keadaan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. Berikutan kejadian ini, HEWI PMRAM Pusat menasihatkan agar mahasiswi agar lebih berhati-hati ketika berada di dalam mahupun diluar rumah. Diingatkan juga mengikuti pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan sebelum ini.

Ahli Yang Sudah Tiba Di Mesir, Sila Lapor Diri Kepada Setiausaha Agong BKPPPM

Image
KAHERAH , 30 Mac - Semua ahli yang sudah sampai di Republik Arab Mesir dikehendaki melaporkan diri kepada Setiausaha Agung BKPPPM, saudara Mohd Zahid bin Ismail di talian+20116945627 atau di Yahoo massenger ( bkpppm_penang@yahoo.com) bagi mengemaskini data ahli yang terbaru. Berikut adalah butiran yang diperlukan: 1) nama penuh 2) alamat Terkini 3) no. telefon terbaru di Mesir dan Malaysia (R) 4)Alamat di Republik Arab Mesir 5)Tahun Pengajian. 6) emel

PMRAM, Rabitah Al-Azhar Sepakat

Image
KAHERAH, 28 Mac - Suatu perjumpaan antara wakil pelajar-pelajar Asia Tenggara dan pihak Rabitah Al-Azhar telah diadakan bagi membincangkan isu sekitar Universiti Al-Azhar. Pihak PMRAM telah diwakili oleh Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman dan Setiausaha Agung, Saudara Ahmad Taufiq Mohd Dahlan. Perjumpaan yang diadakan pada jam 11.30 tengahari di bangunan Rabitah Al-Azhar tersebut telah membincangkan isu Universiti Al-Azhar dan permasalahan yang berlaku sekarang. Antara punca utama permasalah yang berlaku apabila terdapat anasir-anasir yang cuba untuk memburukkan imej Al-Azhar sebagai medan ilmu di dunia. Wakil pihak Rabitah Al-Azhar, Ustazah Yasmeen berkata, pihak beliau dalam usaha mengadakan suatu perjumpaan antara pelajar-pelajar Asia Tenggara dengan Syeikhul Al-Azhar, Syeikh Ahmad Tayyib dalam sama-sama mempertahankan Al-Azhar. Sebarang makluman mengenai perjumpaan tersebut akan dimaklumkan melalui persatuan pelajar. "Selaku mahasi

"Elakkan Terlibat Sebarang Demonstrasi" - Pemangku Presiden

Image
KAHERAH, 28 Mac - Pemangku Presiden, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman mengingatkan kepada semua mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat dengan sebarang demonstrasi yang berlaku samada di jalanan mahupun di dalam universiti. Beliau berkata sedemikian setelah melihat kepada demontrasi-demontrasi yang berlaku di beberapa universiti yang dianjurkan oleh warga tempatan Mesir. "Walaupun demontrasi yang berlaku di dalam universiti tidak melibatkan politik, namun kita meminta mahasiswa/wi Malaysia agar tidak terlibat bagi keselamatan jangka masa yang panjang. Bahkan kita juga telah bertanya dengan pihak kedutaan mengenai isu ini. Kita telah sepakat, apa yang penting buat masa ini ialah mahasiswa/wi Malaysia fokus kepada akademik dan menjaga keselamatan sepanjang keberadaan di perantauan," jelas Pemangku Presiden. Sehubungan itu, pihak PMRAM meminta agar semua mahasiswa/wi Malaysia mematuhi pekeliling keselamatan yang telah dikeluarkan oleh pihak PMRAM. Pe

Maklumkan Penerbangan Jika Memerlukan Pengangkutan

Image
Semua ahli yang membuat pembelian tiket penerbangan Mesir bukan melalui wakil persatuan BKPPPM, hendaklah memaklumkan kepada ketua seketeriat Sambutan Kepulangan Mahasiswa ke Mesir, saudara Muhammad Nuruddin Bin Amiruddin di talian +201524037377 atau di yahoo massenger (al_udi87) jika memerlukan pengangkutan daripada lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke rumah Pulau Pinang. Pihak BKPPPM tidak akan bertanggungjawab atas apa-apa masalah yang berlaku jika maklumat tidak diberikan kepada ketua seketeriat. Berikut butir-butir yang diperlukan: 1) tarikh dan masa bertolak 2) tarikh dan masa dijangka sampai di Cairo Airport 3) jenis @ syarikat penerbangan

Roket Serang Sderot

Image
29 Mac 2011 Laporan asal jam 09.37 malam, Palestin/Mesir Jam 03.37 pagi(30/03/2011), waktu Malaysia GAZ A - Radio Israel dalam rangkaiannya berkata, satu serangan roket yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza gugur berdekatan bandar Sderot yang terletak dari arah utara Semenanjung Gaza. Jelas radio itu, tidak ada laporan mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda. Berhubung dengan serangan roket, radio Israel menyatakan, pasukan keselamatan zionis cuba mengesan kedudukan lokasi yang keguguran serangan roket. Memetik laporan pada 27/03/2011, kumpulan-kumpulan pembebasan Palestin di Gaza telah menyatakan persepakatan dalaman Palestin bagi memintas niat jahat dari tentangan musuh ke atas penduduk Palestin. Bagaimanapun, komitmen mereka dengan sikap bertenang (gencatan senjata) dan tidak meningkatkan tentangan selagimana rejim zionis memberikan komitmen yang sama. Walaubagaimanapun, tentera rejim zionis masih lagi meneruskan penentangan, iaitu menceroboh garisan s

Jentera perang zionis ceroboh Gaza

Image
29 Mac 2011 Laporan asal jam 08.21 pagi, Palestin/Mesir Jam 02.21 petang, waktu Malaysia GAZA - Jentera perang rejim zionis telah menceroboh timur daerah Qararah, Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza pagi ini. Pemberita Safa melaporkan, sebanyak 4 buah jentolak tentera dan 3 buah jentera perang zionis dilihat mara ke tanah pertanian penduduk Palestin di timur daerah Qarara bertolak dari pos tentera Kissufim. Tambahan Safa, jentera rejim zionis mengadakan operasi mengesan di kawasan berkenaan. Berbalik kepada pencerobohan yang disifatkan terbatas, sumber menyebut, rejim zionis turut menghujani tembakan ke arah rumah-rumah penduduk di kawasan itu. Tiada laporan berhubung kecederaan. Sebelum ini, hal pencerobohan sebegini menjadi kebiasaan kepada rejim zionis di tanah-tanah penduduk Palestin yang berhampiran dengan garisan sempadan dari arah utara dan timur. Pencerobohan yang bertujuan meratakan tanah serta operasi mengesan itu dijalankan sambil berlindung dengan

HAMAS di Kaherah bincang isu Palestin

Image
KAHERAH - Seorang pemimpin veteran gerakan HAMAS(حركة المقاومة الاسلامية), Mahmud Al-Zahar (gambar) berkata, semalam, pemerintah Mesir telah berjanji membuka sempadan Rafah serta menetapkan prosedur baru. Hal tersebut untuk memperelokkan pengendalian di perlintasan sempadan Rafah malah untuk memperbetulkan perkara yang negatif yang wujud sebelum ini. Lawatan delegasi HAMAS di Kaherah turut bertemu dengan Badan Perisikan Mesir. Ketika sidang media yang berlangsung di pejabat Persatuan media-media, beliau telah menyentuh beberapa isu berhubung keadaan di Palestin dan Mesir. Tidak gugat keamanan Mesir Beliau menjelaskan bahawa gerakan HAMAS tidak menggugat keamanan Mesir walau dalam apa jua gambaran, dan tuduhan pemerintah Mesir sebelum ini terhadap HAMAS berhubung 'letupan di gereja Iskandariah' adalah rekaan semata-mata yang telah terdedah semasa berlakunya revolusi Mesir, bulan Januari lalu. Bebas tahanan Palestin Tambahan lagi, lawatan rasmi delegasi H

Muhammad Nuruddin Dilantik Ketua Seketeriat Sambutan Kepulangan Mahasiswa ke Mesir

Image
KAHERAH , 28 Mac - Pihak kepimpinan BKPPPM bersetuju melantik Muhammmad Nuruddin bin Amiruddin sebagai ketua seketeriat untuk menyambut mahasiswa yang akan kembali semula ke Mesir. Keputusan pelantikan ini dibuat untuk melicinkan urusan yang berkaitan dengan perjalan pulang pelajar Pulau Pinang ke bumi Anbiyak selain meringan tugas Ajkt BKPPPM. Kepada semua ahli yang ingin mengetahui maklumat berkaitan dengan perjalanan pulang pelajar Pulau Pinang ke Mesir boleh menghubungi beliau di talian 01524037377 atau di yahoo massenger (al_udi87). Untuk Makluman semua, penerbangan kedua dijadual tiba pada 5 petang, 1 April 2011 dan penerbangan kedua pada 5 petang 8 April 2011.

Kronologi Semasa Gerak Kerja PMRAM Sepanjang Revolusi Mesir

Image
KRONOLOGI SEMASA G ERAK KE RJA PM R A M SEP ANJANG REVOLUSI MESIR GERAK KERJA DI MESIR 25 Jan uari – 27 Januari 2011 Revolusi rakyat Mesir bermula dengan perhimpunan di Medan Tahrir. -Perkhidmatan facebook dan rangkaian komunikasi mula ditutup oleh pihak kerajaan Mesir apabila mereka mula melihat kebangkitan rakyat Mesir di halaman facebook, twitter, dan blog. * Sehingga waktu ini pihak PMRAM h anya mengumpul maklumat dan berita semasa sahaja. Perjumpaan sentiasa diadakan untuk memastikan maklumat yang diterima disaring berdasarkan sumber yang tepat. 28 Januari 2011 (Jumaat) Bermula jam 9 pagi seluruh si stem komunikasi telah dimatikan. Ekoran sistem komunikasi dimatikan , Presiden mengarahkan semua Badan Pengurus berkumpul di pejabat. Perjumpaan terge mpar Badan Pengurus diadakan. Satu pekeliling keselamatan tergempar dikeluarkan. Badan pengurus mula bergerak keseluruh rumah Anak Negeri selepas Maghrib untuk menyebarkan pekeliling. Pekelil

Kali pertama Israel berjaya melancarkan anti-roket ‘Iron Dome’

Image
27 Mac 2011 [Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 27/03/2011] Pelancaran menempatkan penangkis peluru berpandu ini di kawasan gurun diharapkan dapat mula beroperasi pada hari Ahad ini. IDF menggambarkan langkah 'percubaan' sebagai tambahan ba hawa sistem ini sahaja tidak cukup untuk mempertahankan Israel. Gambar(petikan Al-Jazeerah ): Sebahagian dari komponen sistem anti-roket 'Iron dome'. Oleh: Pfeffer Anshel dan Perkhidmatan Haaretz Angkatan Pertahanan Israel(IDF) pada hari ini(Ahad) dikerahkan untuk memasang ‘Iron Dome’ iaitu sistem anti-roket (gambar kiri) untuk pertama kalinya di selatan Israel (tanah jajahan 1948) . Tambahan dari radio Israel, beberapa hari lagi, bateri yang kedua akan ditempatkan di kawasan Askalan. Memetik laporan berita media Arab yang berpusat di London, Al-Quds Al-Arabi , jurucakap tentera di Tel-Aviv ketika mengulas kepada agensi berita Jerman memberitahu, sistem penangkis ini akan dipasang di kaw

Eropah mahukan PBB bukan AS jadi orang tengah tangani konflik damai di Timur Tengah

Image
Gambar, petikan dari haaretz [Terjemahan laporan akhbar dari media Israel, Haaretz, 26/03/2011] Britain, Perancis dan Jerman berhasrat untuk menjadikan PBB(UN) dan Kesatuan Eropah(EU) sebagai orang tengah dalam perjanjian perdamaian Israel-Palestin, kata diplomat. Oleh: The Associated Press Britain, Perancis dan Jerman mahu PBB dan Kesatuan Eropah mencadangkan garis panduan penyelesaian akhir konflik damai Israel-Palestin. Dengan demikian, ia akan membantu pembentukan negara Palestin, kata diplomat PBB. Ketiga-tiga negara Eropah tersebut, semua anggota Majlis Keselamatan PBB, mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon dan Kesatuan Eropah untuk mengajukan sebuah teks penyelesaian pada pertemuan dalam pertengahan bulan April di Kuartet Mediator Timur Tengah. Para diplomat mengatakan, teks perbincangan tidak diumumkan kerana perbincangan berlangsung secara tertutup. Kuartet Timur Tengah termasuk PBB, Kesatuan Eropah, AS dan Rusia, tujuannya adalah untuk me

Makluman Pemangkuan Tugas Ajkt BKPPPM

Image
Makluman kepada semua ahli Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM, memandangkan ada sebahagian AJKT yang masih belum berangkat pulang ke Mesir, maka akan ada sedikit pemangkuan jawatan sehingga ajkt tersebut selamat tiba di Republik Arab Mesir. Berikut adalah senarai pemangkuan tugas Ajkt BKPPPM: Yang Dipertua dipangku oleh :Mohamad Sarkawi bin Mohmad Salleh (01527073110) Biro Pendidikan dipangku oleh :Mohd Zahid binIsmail (0116945627) Biro Ekonomi dipangku oleh :Mohamad Khalis bin Othman (0117316889) Naib Pengerusi Hewi dipangku oleh :Farilah binti Zahadi (0110321970) Unit Ekonomi dipangku oleh :Imtisal binti Mazani (0142367079) Unit Perumahan dipangku oleh :Siti Musliha binti Rosli (0145901530) Kepada semua ahli yang ada pertanyaan atau masalah tertentu, boleh merujuk kepada Ajkt yang berkaitan untuk mengajukan masalah.

Penerbangan Pertama Pulau Pinang Selamat Tiba Di Kaherah

Image
KAHERAH , 27 Macl - penerbangan pertama dari Malaysia ke Mesir yang melibatkan sebahagian exco dan mantan exco telah selamat sampai ke Lapangan terbang Antarabangsa Kaherah pada 26 Mac 2011,hari Sabtu jam 12.30 tengah hari. Rombongan tersebut seramai 18 orang bertolak pada 25 Mac 2011, hari Jumaat dan berkumpul di masjid Jamek Seberang Jaya Pulau Pinang yang turut dihadiri oleh Pengarah Urus Zakat Pulau Pinang Dr.Azman Abdul Samad. semua 18 orang tersebut menaiki penerbangan Gulf Air. Penghantaran yang pertama hanyalah melibatkan kepimpinan supaya proses pembukaan dan pembersihan rumah Pulau Pinang berjalan dengan lancar serta tugas menyambut pelajar yang akan tiba di Mesir lebih tersusun. Berikut adalah senarai nama pelajar yang tiba pada 26 Mac yang lalu. 1) MOHAMAD SARKAWI BIN MOHMAD SALLEH 2) MOHAMAD ZAHID BIN ISMAIL 3) MOHD SYARIFUDDIN BIN FUAT 4) MOHD KHALIS BIN OTHMAN 5) AZWAN BIN AZMAN 6) MOHD ZIKRI BIN ZAKI 7) MUHAMMAD NURURDIN BIN AMIRUDDIN 8)

SENARAI NAMA PENERBANGAN KE MESIR 8 APRIL

Image
Makluman terbaru untuk pelajar-pelajar yang membuat tempahan tiket penerbangan ke Mesir melalui wakil persatuan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), penerbangan kedua ialah pada hari Jumaat, 8 April 2011 Jam 2.00 pagi melalui penerbangan Kuwait. Semua pelajar yang namanya ada dalam senarai dibawah diminta berkumpul pada hari Khamis, 7 April 2011, jam 2 petang di Masjid Jamik Seberang Jaya Pulau Pinang. Insyallah, semua pelajar akan bergerak ke KLIA dengan menggunakan bas yang disediakan oleh pihak persatuan. Sebagai peringatan, berat maksimum bagi beg kargo hanyalah 35KG sahaja, diminta semua pihak mematuhi had maksimum tersebut supaya segala urusan berjalan dengan lancar. Sesiapa yang ingin bertolak ke KLIA menggunakan pengangutan persendirian, hendaklah memaklumkan kepada saudara Mohamad Hafiz Abdul Aziz (0134016892) Berikut adalah senarai nama penerbangan 8 April 2011 : TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN 8HB APRIL 2011 BIL NAMA