Posts

Showing posts from November, 2017

LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2017/2018 DAN PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK

Image
LAPORAN COMBO CAMPAIGN AHLI JAWATANKUASA TADBIR DAN HEWI BADAN KEBAJIKAN PELAJAR PULAU PINANG MESIR 2017/2018 DAN PELANCARAN MAFATIH MUZAKARAH BERKELOMPOK 16 November 2017,Telah berlangsung dengan jayanya majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2017/2018 serta pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok di dewan Soleh Al-Masri. Majlis bermula jam 7.15 malam dengan bacaan surah Al-fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Muhammad Faiz Bin Mohd Shafie dan seterusnya disusuli dengan ucaptama oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2017/2018 saudara Muhammad Safwan Bin Azzmi. Kemudian, majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhamad Akmal Syafiq Bin Mohd Zakian diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Muhamad  Nur Aiman Bin Mohd Zuki,  Ketua Lajnah Pendidikan oleh sa

PEMUDA AL- KAHFI ALAF 21

Image
PEMUDA AL- KAHFI ALAF 21 “Ingatlah ketika pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa: “Wahai tuhan kami berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.” (Al Kahfi ayat 10) Kisah berkenaan tujuh orang pemuda yang melarikan diri ke dalam gua demi menyelamatkan aqidah daripada sang raja sering kita dengari, bahkan ia menjadi santapan telinga bagi rata-rata penuntut Universiti Al Azhar. Tidak kiralah semasa muzakarah berkelompok, perbualan seharian ataupun perkongsian melalui tazkirah yang disampaikan. Pemuda-pemuda ini melarikan diri kerana tidak mampu untuk menghadapi kuasa raja yang menekan, mereka dipaksa mengaku raja sebagai pencipta jagat raya. Mereka bersembunyi dari fitnah dunia yang menyesakkan, mencari sebenar-benar raja seluruh kekuasaan. Begitulah pemuda zaman dahulu menyelamatkan aqidah mereka dari dirosakkan sang pemerintah, mereka mengasingkan diri sehingga digelar pe