Posts

Showing posts from October, 2018

Minda Murabbi | PEMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN RASULULLAH S.A.W

Image
PEMERINTAHAN  DAN  KEPEMIMPINAN  RASULULLAH  S.A.W Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian. Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkaitan dengan aspek pol

Minda Murabbi | Munafik Virus Umat

Image
Munafik Virus Umat. Golongan munafik yang berada dalam tubuh umat Islam menyimpan banyak strategi yang licik tanpa peduli halal-haram. Mereka adalah mata orang-orang kafir dan musuh Islam yang sengaja ditanam. Mereka akan selalu mencari helah untuk merosakkan kehidupan, mental spiritual, dan persatuan kaum muslimin. Mereka sangat membahayakan Islam dan kaum muslimin. Allah ‘azza wajalla berfirman, وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ ۖ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ ۖ كَأَنَّهُمْ خُشُبٌ مُسَنَّدَةٌ ۖ يَحْسَبُونَ كُلَّ صَيْحَةٍ عَلَيْهِمْ ۚ هُمُ الْعَدُوُّ فَاحْذَرْهُمْ ۚ قَاتَلَهُمُ اللَّهُ ۖ أَنَّىٰ يُؤْفَكُونَ “ Dan apabila kamu melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menjadikan kamu kagum. Dan jika mereka berkata kamu mendengarkan perkataan mereka. Mereka adalah seakan-akan kayu yang tersandar. Mereka mengira bahwa tiap-tiap teriakan yang keras ditujukan kepada mereka. Mereka itulah musuh (yang sebenarnya) maka waspadalah terhadap mereka; semoga Allah mem

Minda Pimpinan | Gempa Bumi di Sulawesi

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا وحبيبنا وشفيعنا محمد صلى الله عليه وسلم، وعلى آله وأصحابه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين، أللهم صل على سيدنا محمد. أما بعد، Alhamdulillah bersyukur kepada Allah S.W.T atas limpah kurnia dan inayah-Nya kerana masih memberikan kita peluang dan keizinan untuk merasai pelbagai nikmat dan nikmat yang paling terbesar dalam hidup kita iaitu nikmat iman dan nikmat menjadi seorang muslim yang berada di jalan-Nya yang benar. Baru-baru ini kita digemparkan dengan tragedi gempa bumi yang menimpa rakyat Sulawesi yang begitu dasyat. Mengapa itu boleh terjadi? Dengan ombak setinggi 18 kaki (5.48 meter) pada Jumaat ‘mencuci’ seluruh kawasan berpantai di Sulawesi dengan daerah Palu dan Donggala menerima kesan yang paling teruk. Gempa bumi dan ombak tinggi berkenaan meragut sehingga kini 1200 nyawa di pulau berkenaan yang didiami sekitar 17 juta orang. Bukan sahaja mengorbankan nyawa yang ramai, ben

Minda Murabbi | Perang Senjata VS Perang Pemikiran

Image
Ghazwul Fikri , adalah perang pemikiran iaitu serangan dengan berbagai cara terhadap pemikiran umat islam sehingga tidak lagi mampu memahami kebenaran kerana telah bercampur aduk dengan hal yang bertentangan dengan syariat .  Ini adalah cara musuh Islam menghancurkan kaum muslimin yang jauh berbeza dengan perang ketenteraan atau fizikal yang lebih  soft,  jimat masa dan wang bahkan lebih efektif dari perang militer yang banyak mengerah tenaga. Perang pemikiran ini dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan tersusun untuk melakukan brain-wash kepada kaum muslimin agar tunduk dan mengikuti cara hidup kaum muslimin. Hal ini disebabkan sukarnya mengalahkan umat Islam secara militer. Invasi militer ini memakan biaya dan korban yang besar. Perang di Afghanistan, Iraq, Chechnya, Syria membuktikan mereka tidak mampu mengalahkan dan menguasai Negara umat Islam, sehingga mereka mencari ‘jalan lain’ untuk mengalahkan kaum muslimin yang hasilnya membuahkan penjajahan e

FIQH dan Penyelesaian isu Autisme

Image
Bismillahirahmanirahim.  Baru-baru ini, tular isu berkenaan seorang pemuda autisme yang ditahan kerana didakwa mencabul kehormatan seorang gadis. Isu ini menimbulkan polemik berikutan prosedur operasi standard (SOP) yang digunakan untuk menahannya adalah mengikut SOP biasa, sedangkan beliau mempunyai kapasiti umur mental yang tidak sama dengan pemuda normal yang lain. Hal ini sekaligus membuka mata segenap peringkat anggota masyarakat terutama dalam aspek berkenaan SOP khusus untuk menangani golongan seumpama ini. Kami mengambil cakna dan prihatin berkaitan isu ini dan sedaya upaya cuba memberikan ulasan menurut perspektif Syarak. Jadi, pada kali ini tajuk berkaitan dengan Autisme: Fiqh Dan Penyelesaian Isunya dikira agak sesuai, Semoga pencerahan ini memberi manfaat serta membantu membuka ruang yang lebih luas dalam memahami dan menangani golongan seperti ini. Definisi Dalam Bahasa Arab, ia dikenali sebagai  al-tawahhud  (التوحد) atau  al-zatawiyyah  (الذاتوية). Pe

Sihaq dan Hukumnya

Image
Pengertian Sihaq atau Musahaqah Ia berasal daripada “السحاق والمساحقة” yang memberi makna dan maksud perlakuan seorang wanita terhadap wanita yang lain seumpama gambaran yang dilakukan dengannya oleh lelaki. (Lihat  Lisan al-Arab  dan  Qamus al-Muhit  pada perkataan ‘سحق’. Lihat juga  al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah  (24/251) Perkataan  lesbian  dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah perempuan yang mempunyai tarikan seksual terhadap kaum sejenisnya, perempuan homoseksual. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat) Hukum Taklifi Hukumnya adalah haram kerana ia merupakan perbuatan bersedap-sedapan ( istimta’ ) dengan cara yang diharamkan. Ini berdasarkan hadis Nabi SAW, daripada Anas bin Malik R.A yang menyebut: السِّحَاقُ زِنَى النِّسَاءِ بَيْنَهُنَّ Maksudnya :  “Sihaq merupakan zina perempuan antara mereka. Riwayat Ibn Hibban (2/182), al-Aajurri dalam Dzamm al-Liwath (23) dan Ibn ‘Adi dalam al-Kamil (6/269) Daripada Abi Musa al-Asy’ari R.A, Rasulullah SAW bersabda: إِذَا أ