Posts

Showing posts from August, 2021

MINDA PIMPINAN | MERDEKA DALAM TAKWA

Image
  MERDEKA DALAM TAKWA   Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia. Tarikh dimana Malaysia bebas merdeka dari penjajahan kuasa luar. Kini genaplah 64 tahun Malaysia merdeka. Persoalannya disini, adakah merdeka ini hanya tertumpu kepada kebebasan sesuatu negara sahaja dan adakah realiti kehidupan masyarakat Malaysia sekarang ini di dalam sebuah kebebasan atau kemerdekaan yang hakiki?   Mengimbau kembali sejarah, setelah negara mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, maka wujudlah sebuah negara yang mempunyai undang-undang tersendiri seterusnya memberi kuasa kepada orang Islam membentuk negara berdaulat mengikut acuan agama.Pada zaman penjajahan British, banyak kekangan dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai Muslim tetapi selepas kemerdekaan, negara kita sudah tidak lagi ditekan justeru membolehkan masyarakat melaksanakan tuntutan agama dengan bebas.   Umat Islam di negara ini wajib bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang tidak ternilai. Dengan n

MINDA PIMPINAN | HALAWATUL SABR

Image
  HALAWATUL SABR   Selama manusia hidup, ia akan terus menghadapi masalah di sekelilingnya. Bagi umat muslim, masalah yang datang boleh bermaksud ujian dari Allah SWT. Jika ia mampu melewati masalah tersebut, maka ia akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi-Nya. Namun ada kalanya, kita merasa beban yang dirasakan terasa berat. Sedangkan semua kerisauan tak kunjung usai. Meski begitu, Islam adalah agama yang indah dan dibangun atas dasar kelembutan, kasih sayang, serta kemudahan di dalamnya.  Oleh kerananya, dengan keyakinan iman di dalam hati, ingatlah selalu bahwa Allah SWT menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 286 mengatakan: لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ وَ