Posts

Showing posts from December, 2023

[ TINTA MUTIARA | ILMU SEDEKAH PALING BARAKAH ]

Image
  Islam adalah agama yang menyeluruh hingga tiap-tiap perbuatan baik dikategorikan sebagai sedekah. Dan tiap-tiap sedekah yang dilakukan dengan ikhlas tentulah ganjarannya besar di sisi Allah SWT. Sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam : عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : كل سلامى من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس : تعدل بين اثنين صدقة ، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة ، والكلمة الطيبة صدقة ، وبكل خطوة تمشيها الى الصلاة صدقة ، وتميط الأذى عن الطريق صدقة. (رواه البخاري ومسلم) Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata : Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Setiap persendian dari manusia itu ada sedekahnya pada setiap hari yang matahari terbit padanya. Berbuat adil antara dua orang adalah sedekah, menolong seseorang dalam urusan kenderaannya membantunya agar boleh menaiki kenderaannya atau engkau angkatkan barang–barangnya ke atas kenderaannya itu juga sedekah. Sebuah ucapan yang baik ad

[TINTA MUTIARA | DOA SENJATA MUKMIN]

Image
  Doa merupakan ibadah rohaniah yang paling besar ertinya dalam Islam, di mana setiap insan akan merasakan betapa tingginya penghargaan dan pergantungan dengan kebesaran dan keagungan Allah SWT, setelah dilakukannya usaha dan ikhtiar kemudian melakukan permohonan dengan penuh khusyuk dan tawaduk, disertai dengan hati dan jiwa yang tenang dalam mengharapkan sesuatu dari Allah SWT. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Ghafir pada ayat 6:   وَقَالَ رَبُّكُمُ ٱدْعُونِىٓ أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِى سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ Maksudnya : Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.   Doa juga adalah senjata yang ampuh bagi orang beriman, dan barangsiapa yang ingin meminta kepada Allah akan keperluannya hendaklah banyak berdoa, kerana Allah SWT mengasihi