Posts

Showing posts from October, 2021

MINDA PIMPINAN | THABAT DAN ISTIQAMAH

Image
THABAT (الثبات) membawa maksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Dalam ajaran Islam ada perkara-perkara yang dinyatakan secara tetap atau qat’ie tidak boleh dipindah dan diubah dasar dan prinsipnya. Terdapat 3 konsep thabat  , antaranya ialah : 1.   Akidah • Akidah ialah kepercayaan dan keyakinan terhadap Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Kita wajib menyakini Allah SWT sebagai Rabb iaitu mengakui dengan sepenuh hati bahawa Allah SWT sahajalah yang memiliki, menurunkan rezeki, mencipta dan mentadbir seluruh makhluk dan mengakui bahawa hanya Allah SWT yang layak disembah, ditaati, dan dipatuhi secara mutlak. • Dalam keyakinan ini tidak ada kelonggaran dan toleransi dengan sebarang unsur-unsur syirik yang boleh merosakkan kepercayaan kepada Allah SWT seperti mempercayai kuasa lain mampu menandingi kuasa Allah SWT atau menyembah sesuatu selain daripada Allah SWT. • Konsep thabat dalam akidah dapat dilihat dalam kisah Rasulullah SAW yang ditawarkan de

MINDA PIMPINAN | WALA' DAN BARA'

Image
WALA’ DAN BARA’ ◼️MUQADDIMAH : Konsep al-Wala’ dan al-Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi . ◼️ERTI : 📍AL WALA’ ▪️BAHASA : Berasal daripada perkataan    ( ولى- يلى- وليا - ولاية - ولاء ) yang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya. ▪️ISTILAH : Al-Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak. Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu : ▫️Memberikan kasih-sayang ▫️Memberikan taatsetia yang tidak berbelah-bagi ▫️Mengangkat sebagai pemimpin ▫️Mengormati ▫️Menjadikannya sebagai teman rapat atau sekutu ▫️Memberi keperc