MINDA PIMPINAN | WALA' DAN BARA'

WALA’ DAN BARA’

◼️MUQADDIMAH :

Konsep al-Wala’ dan al-Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .

◼️ERTI :

📍AL WALA’

▪️BAHASA : Berasal daripada perkataan    ( ولى- يلى- وليا - ولاية - ولاء )
yang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya.

▪️ISTILAH : Al-Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak.

Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu :
▫️Memberikan kasih-sayang
▫️Memberikan taatsetia yang tidak berbelah-bagi
▫️Mengangkat sebagai pemimpin
▫️Mengormati
▫️Menjadikannya sebagai teman rapat atau sekutu
▫️Memberi kepercayaan
▫️Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan.

📍AL BARA’

▪️BAHASA : Berasal daripada perkataan    ( برئ- يبرأ- براء- براءة )
yang membawa maksud bebas, peringatan, tajarrud atau berlepas diri.

▪️ISTILAH : 
Syaikh Muhammad Al Qahtani menyebutkan Al Bara’ adalah :
"Menjauhkan dan mengasingkan diri, bermusuhan setelah memberi peringatan."

◼️KONSEP :

Kepentingan Al-Wala’ dan Al-Bara’ dalam organisasi Islam :

Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah organisasi Islam. Setiap orang yang berada di dalam organisasi tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar R.A ada menyatakan:

لا إسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا أمير ولا أمير بلا طاعة
"Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan." 

Islam mewajibkan penganutnya memberikan wala', ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

''Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada 'Ulil-Amri' (pemimpin) dari kalangan kamu.''

Rasulullah SAW juga menjelaskannya di dalam hadis Baginda:

حدَّثنا مسدَّد حدَّثَنا يحيى بن سعيد عن شعبةَ عن أبي التيّاح عن أَنس بن مالك رضيَ اللَّه عنه قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم: «اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».

"Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.''

◼️SYARAT:

1- Pemimpin tersebut hendaklah menjalankan syariat Islam. 

2- Pemimpin tersebut mestilah memerintah dengan adil dan saksama bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. 

3- Pemimpin tersebut hendaklah sentiasa menyuruh rakyatnya melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan maksiat. 

Sabda Rasulullah SAW:

حدّثنا أبو النُّعمان حدَّثنا حمادُ بن زيدٍ عن الجَعدِ أبي عثمانَ حدَّثني أبو رجاءٍ العُطارديُّ قال: سمعت ابنَ عباسٍ رضي اللَّهُ عنهما عنِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: «من رأى من أميرِه شيئاً يكرَهه فلْيصبرْ عليه، فإِنه من فارقَ الجماعةَ شبراً فمات إلا مات مِيتةَ جاهليةً

"Sesiapa yang melihat pemimpinnya perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang memecah-belahkan jamaah walaupun sejengkal lalu mati, maka tidaklah matinya itu kecuali mati dalam keadaan jahiliyyah."

Kaedah menyebutkan:

الولاء لأهل الحق والبراء من أهل الباطل. 

''Al Wala' bagi ahli Haq ( orang yang perjuangkan kebenaran ) dan al Bara' daripada ahli batil ( orang yang melakukan kebatilan ).''

◼️KESIMPULAN :

Sebagai seorang pendokong dan penyokong gerakan yang sebenar-benarnya membawa panji agama islam, sewajibnya kita mengamalkan konsep Wala’ bagi membantu menyempurnakan matlamat gerakan demi meninggikan syiar Islam di atas muka bumi
Allah ini.

......................................................................

Muhamad Haikal bin Ahmad Faris
(Lajnah Perumahan BKPPPM 2020/2021)

" Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan "
" Ukhuwah Berkualiti Wehdah Dirahmati "
#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL