Posts

Showing posts from March, 2023

MINDA PIMPINAN | CARA ISLAM BERFIKIR

Image
CARA ISLAM BERFIKIR بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Akal merupakan anugerah Allah yang paling besar kepada manusia. Akal yang dimiliki inilah yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lainnya dan sekaligus menempatkan manusia di kedudukan tertinggi di sisi Allah. Quraisy Shihab dalam bukunya, Wawasan Al - Quran , telah menukilkan bahawa akal adalah keistimewaan yang menjadikan manusia itu hebat dan ia perlu digunakan sebaiknya untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah. Jelaslah bahawa akal itu simbolik kepada pentingnya seorang manusia itu menjaga cara pemikirannya dari syubhat dan fitnah dengan berfikir berlandaskan fikrah yang benar iaitu fikrah Islamiah . Frasa ‘Fikrah Islamiah’ sering didengari tetapi masih tidak difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Islam. Secara umumnya, frasa tersebut terkait dengan dua perkataan iaitu berfikir dan Islam. Tuntasnya, kita dapat simpulkan bahawa fikrah Islamiah ini membawa

MINDA PIMPINAN | ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

Image
             ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN                         بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, kita memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah Rabbul Jalil di atas kurnia-Nya.Salam selawat kita panjatkan buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW di atas Baginda menyampaikan dakwah Islam kepada kita semua. Allah SWT menyebutkan kepada Rasul-Nya yang menjadi teladan kepada seluruh manusia sebagaimana firman-Nya: { فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ } Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh berada atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu;, dan (juga) orang-orang yang telah bertaubat bersamamu berbuat demikian; dan janganlah kalian melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kalian kerjakan. [Surah Hûd: 112] { وَلَا تَرۡكَنُوۤا۟ إِلَى ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِیَاۤءَ ثُمّ