Posts

Showing posts from April, 2015

PRINSIP PEWARISAN DALAM ISLAM..

Image
PRINSIP PEWARISAN DALAM ISLAM Kaedah-kaedah pewarisan dalam Islam  Terbinanya hak-hak pewarisan dalam perspektif undang-undang Islam. PERTAMA : Melalui 2 hubungan iaitu hubungan kekeluargaan dan perkahwinan 1) Hubungan kekeluargaan merangkumi hubungan keibubapaan (antara anak dan ibu bapa)  - manakala hubungan persaudaraan merangkumi 3 aspek : * saudara seibu sebapa * saudara sebapa sahaja * saudara seibu sahaja 2) Hubungan perkahwinan menjadi sebab mewarisi harta. KEDUA : Tidak mengambil kira samada lelaki atau perempuan,tua atau muda,pada asalnya setiap daripada mereka mempunyai hak dalam pewarisan. KETIGA : Antara ibu bapa dan anak (mereka merupakan usul dan furu’ dalam pewarisan, hak mereka tidak akan sesekali tergugur walau dalam keadaan apa sekalipun, akan tetapi mereka hanya akan terkesan dari sudut bahagian-bahagian yang bakal mereka perolehi disebabkan wujudnya pihak yang lain. KEEMPAT : Bagi saudara lelaki atau p

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

Image
Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya

SELAWATLAH..!!

Image
Nabi Muhammad S.A.W bersabda: “Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku.” (Riwayat Ibn Mas’ud r.a) Kelebihan Berselawat Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berselawat kepadaku dengan sesuatu selawat, sentiasalah Malaikat berdoa untuknya selama ia berselawat kepadaku; oleh itu terpulanglah kepada seseorang sama ada ia hendak berselawat sedikit atau banyak.” (Amir bin Rabiah r.a) Kedudukan selawat ke atas Nabi (S.A.W.) ini merupakan perkara yang diwajibkan menurut sebilangan besar ulama’. Malahan dinukilkan bahawa Al-Imam Al-Qurthubi menyatakannya sebagai Ijma’ Ulama’. Apa yang diperselisihkan oleh ulama’ ialah adakah selawat itu wajib pada setiap kali majlis dan disebut nama Nabi Muhammad (S.A.W.) atau adakah ianya sunat (bagi yang bersepakat menyatakan ianya wajib seumur hidup). Dalam hal ini, sebahagian ulama’ menyatakan ianya wajib setiap kali disebut nama Rasulullah (S.A.W.), dan s