Posts

Showing posts from July, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Image
Barisan Kepimpinan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang BKPPPM mengucapkan selamat menunaikan ibadah berpuasa dibulan Ramadhan Al-Mubarak.Moga bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada yang sebelum ini.RAMADHAN KAREEM..

AL-FATIHAH kepada pelajar Perubatan, Saudari Fatin Fasihah bte Hanafi Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah

Image
MAKLUMAN: Pelajar perubatan yang koma akibat penyakit AUTO IMMUNEDISORDER Saudari Fatin Fasihah bte Hanafi telah kembali ke rahmatullah malam tadi di Hospital Qasrul Ain . Badan Kebajikan Pelajar pulau Pinang mengucapkankan Takziah kepada keluarga beliau.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Roh Beliau dan doakan semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan keampunan dari Allah.

Taakhi Zon B Gembleng Tenaga Menjayakan Kursus Laman Web

Image
KAHERAH, 26 JULAI – Unit Penerangan dan Penerbitan (UPP) Taakhi Zon B PMRAM Cawangan telah menganjurkan satu kursus iaitu, Kursus Pembinaan dan Pengurusan Laman Web 2011 bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, Rumah Negeri Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM). Kursus tersebut adalah anjuran bersama Dewan Perwakilan Mahasiswa Shoubra (MAQAZ), Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah (DPMI), Keluarga Pelajar-Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), dan Badan Kebajikan Anak Wilayah Persekutuan Mesir (BKAWM). Antara pengisian kursus ialah, sesi 1 (Pengenalan Dan Pembinaan Web) dan sesi 2 (Reka Bentuk Dan Pengurusan Web). Kursus tersebut dianjurkan untuk mengembalikan keizzahan islam dalam arus teknologi maklumat dengan memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran tentang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada peserta. Setiap taakhi telah menghantar beberapa wakil menyertai program tersebut dengan tujuan untuk mencungkil baka

PMRAM Beri Jaminan Terus Pertahankan Kebajikan Mahasiswa

Image
KAHERAH, 29 Julai - Presiden PMRAM, Saudara Muhamad Zuhaili Saiman menegaskan bahawa PMRAM akan terus memberikan perhatian dalam mempertahankan kebajikan mahasiswa Islam Mesir. Beliau yang dihubungi semalam selepas pejumpaan dengan pihak KBMK berkata, menjadi tanggungjawab bahkan tujuan utama PMRAM ditubuhkan adalah untuk kebajikan mahasiswa dan menyatukan suara mahasiswa Islam Mesir. Beliau turut menjelaskan bahawa pejumpaan yang diadakan semalam merupakan atas nasihat Dr Umar Abdullah Kamil dalam membincangkan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Selain Presiden PMRAM, turut bersama beliau ialah Penasihat PMRAM, Saudara Azlan Alias, Naib Presiden I, Saudara Mohd Faizzudin serta YDP BKASM, Saudara Yazid Ahmad dan YDP BKKIMM, Saudara Harman. "Sebagaimana yang pernah kita maklumkan, PMRAM sentiasa bersedia untuk berjumpa dengan sesiapa sahaja untuk berbincang dalam apa jua isu yang belaku," ujar beliau. "Setakat ini kita minta semua ahli supaya tidak meng

Skim Saham Waqaf PMRAM Bakal Dilancarkan

Image
KAHERAH, 27 Julai : Hasil perbincangan dan kesepakatan Unit Dana Syaqah di bawah Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2011, satu skim di bawah Unit Dana Syaqah PMRAM bakal dilancarkan di seluruh peringkat ahli iaitu Skim Saham Waqaf PMRAM. Skim Saham Waqaf yang bakal dilancarkan itu diwujudkan sebagai salah satu alternatif untuk menjayakan Misi Dana Syaqah PMRAM selain sebagai satu flatform dalam menghidupkan dan menyuburkan amalan berwaqaf yang sangat dituntut dalam islam di kalangan ahli. Atas perbincangan rapi Unit Dana Syaqah PMRAM bersama ahli jawatankuasa, persetujuan telah dicapai untuk mengecilkan sasaran sebanyak LE 1.5 juta kepada LE 700,000 pada sesi ini. Ia dilakukan bagi memperkasakan momentum dan suasana di kalangan ahli dalam membantu menjayakan gerak gempur misi dana syaqah tersebut. Pada peringkat awal, jumlah saham yang akan dibuka kepada ahli adalah sebanyak 2500 saham dengan kadar LE50 bagi setiap saham. “Skim Saha

EMAS`11:Ekspedisi Matruh Siwa 2011 Berjaya

Image
KAHERAH 24 JULAI 2011 - Unit Sambutan dan Rehlah, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah menganjurkan Ekspedisi Matruh Siwa 2011 (EMAS ’11)yang terdiri dari 29 ahli termasuk adhoc pelaksana. Perjalanan yang bermula jam 3 pagi 24 Julai 2011,sepatutnya bermula pada pukul 12 malam,tetapi akibat kelewatan bas, perjalanan tersebut ditunda sehingga jam 3 pagi. Semua peserta EMAS`11 selamat tiba di Matruh pada pukul 10 pagi dan di sana aktiviti bebas sehingga waktu asar. Selepas asar perjalan diteruskan lagi ke Muzium Romell tapi tidak dibenarkan masuk disebabkan muzium masih dalam pembaik pulihan. Selepas pergi ke Muzium Romell perjalanan diteruskan ke Hamam Cleopatra dan Teluk Agiba.Pada malam tersebut semua ahli dibawa ke Pasar Libya untuk membeli belah barang-barang sebagai cenderahati sblm pulang nanti. pada keesokan harinya,ekspedisi diteruskan lagi dengan menuju ke Siwa yang mengambil masa sekitar 3 jam dari kawasan Matruh. Setibanya di Siwa semua ahli dibawa ke Ja

Hukum Puasa Selepas Nisfu Sya'ban

Image
Penulis : Sidi Abu Muhammad Masih ramai kalangan awam yang keliru dengan hukum berpuasa selepas hari Nishfu Sya'baan (hari 15 Sya'baan). Ramai yang tidak tahu bahawa menurut qawl yang mu'tamad dalam Mazhab Syafi`i hukum berpuasa selepas Nishfu Sya'baan adalah HARAM DAN TIDAK SAH dengan beberapa pengecualian yang akan datang penjelasannya. Kekeliruan mungkin disebabkan mazhab-mazhab lain mempunyai pendapat yang berbeza dengan Mazhab Syafi`i berdasarkan kepada ijtihad mereka. Ulama Syafi`i mengistinbathkan pengharaman berpuasa tersebut berdasarkan beberapa dalil termasuklah hadits-hadits Junjungan Nabi SAW. Antaranya apa yang diriwayatkan dalam "Sunan at-Tirmidzi", juzuk 2, halaman 183, bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda sebagai berikut:- "Telah diberitakan kepada kami oleh Qutaibah, telah diberitakan kepada kami oleh 'Abdul 'Aziiz bin Muhammad, daripada al-'Alaa` bin 'Abdur Rahman, daripada ayahnya, daripada Sayyidina Abu Huraira

Solat berjamaah perintis segala kebaikan

Image
Pada hari ini kita sering berkata mengenai biah solehah yang mana ianya memang tidak dapat disangkal lagi sebagai sesuatu yang amat penting di dalam memainkan peranan membentuk akhlak islamiah. Maka perlu kita sedari di sana terdapat satu perkara yang perlu kita ambil berat kerana ianya merupakan perintis segala kabaikan. Jika baik ianya maka baiklah segala amalan yang kita lakukan. Justeru, perkara tersebut adalah solat. Sabda nabi junjungan SAW, “Perkara pertama yang akan dipersoalkan di hadapan Allah pada hari kiamat kelak adalah solat, jika baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya dan jika rosak solatnya maka rosaklah sekalian amalannya”. (Hadis riwayat atTabrani.) Maka sudah tentu menjadi muhasabah buat kita semua bahawa jika ujian yang paling awal yang dikenakan oleh Allah SWT terhadap kita sudah tidak dapat dilalui dengan jayanya maka apakah mungkin kita akan berjaya untuk menempuh persoalan-persoalan yang seterusnya. Justeru, akan ramailah mereka yang akan gagal di

Perbincangan Bersama Wakil Pelajar Wafidin WAAG

Image
KAHERAH, 27 Julai - PMRAM terus mengorak langkah dalam mempertahankan hak mahasiswa dengan mengadakan pertemuan bersama wakil pelajar luar negara Al-Azhar Dr.Umar Abdullah Kamil semalam. Pertemuan yang disertai oleh Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM, Saudara Zulhafeez bin Ahmad Zahidi ( Ketua Badan Penerangan dan Penerbitan PMRAM 2011), Saudara Hairul Nizam bin Mat Husin dan Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan. Perbincangan tersebut adalah untuk mendapatkan penjelasan mengenai perjumpaan dengan Syeikhul Azhar yang telah pada Isnin lalu di Masyaikh Al-Azhar. Pihak PMRAM dengan tegas telah menjelaskan mengenai mengapa permohonan untuk tidak dapat menghadiri dibuat melalui surat rasmi yang dihantar terus melalui Setiausaha Khas Syeikhul Azhar. Selain itu, Dr umar Abdullah kamil masih memberikan harapan kepada pihak PMRAM dalam membantu Al-Azhar khususnya WAAG dalam membantu mahasiswa Islam Malaysia dalam kecemerlangan akademik serta penguasaan bahasa Arab.

MIFTAH : Sempena Kedatangan Ramadhan .

Image
KAHERAH , 25 Julai - Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang masih berbaki beberapa hari lagi, PMRAM telah mengatur satu program dibawah Badan Pengetahuan & Penyelidikan PMRAM 2011 dengan diberikan nama MIFTAH ( Muhadharah Ilmiah Istiqbal Ramadhan ). Bertempat di Dewan Tok Kenali , Rumah Kelantan Baru , Hayyu Sabe" bermula jam 6.50 petang dengan Solat Maghrib Berjemaah seterusnya Solat Hajat dan Muhadharah Ilmiah yang akan disampaikan oleh Masyaikh Al-Azhar sendiri pada 28 Julai nanti. Dijemput kepada semua ahli PMRAM dapat sama-sama menghayati bulan Ramadhan dengan sedikit pengisian agar Ramadhan yang bakal tiba dimanfaatkan sebaiknya dengan tajuk " Kaifa Istiqbalil Ramadhan"

JAULAH FAYYOUM

JAULAH FAYYOUM (AKHAWAT) KAHERAH :23 JULAI 2011 telah diadakan jaulah Fayyoum di bawah anjuran Unit Sambutan dan Rehlah BKPPPM. Tujuannya adalah untuk mendekati sejarah umat terdahulu khususnya Qarun yang didalamnya terdapat seribu satu kisah . Perjalanan bermula pada jam 7.30 pagi, dengan disertai 11 orang akhwat dan diiringi sepasang mutazawijin iaitu Ustaz Hasbul Nizal dan pasangannya. Antara tempat-tempat yang dilawati adalah Wadi Oasis, Tasik Qarun, Istana Qarun, Air terjun Syalalat, Kincir air Nabi Yusof yang terletak di tengah bandar Fayyoum, dan kebun mangga. Akhirnya,semoga jaulah kali ini memberi pengertian bermakna dan nilai tambah ilmiah kepada semua,insyaallah.Sekian.

Matrikulasi Al-Azhar : Daurah Saifiyyah

Image
KAHERAH , 21 Julai - Keputusan peperiksaan bagi mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar baru-baru ini begitu memberansangkan sekaligus membuktikan kesungguhan mereka dalam pengajian yang dipelajari . Walau bagaimanapun bagi mahasiswa yang gagal perlu , mereka perlu mengikuti Pengajian Musim Panas ( Daurah Saifiyyah ) yang akan bermula Isnin ini . Pengajian tersebut akan berjalan selama 40 hari sebelum mereka dapat mengikuti pengajian di Universiti Al-Azhar dalam jurusan yang dipohon sebelum ini . "Pelajar yang gagal dalam peperiksaan lepas wajib mengkuti pengajian tersebut dan setelah tamat akan terus mengikuti pengajian di dalam bidang yang dipohon dalam borang kemasukan Universiti Al-Azhar " ujar Saudar Ahmad Daniel bin Mohmad Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011. PMRAM mengucapkan tahniah kepada mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar yang berjaya dan semoga teru

Tahniah! Solat Hajat Bukti Kebersamaan Mahasiswa

Image
KAHERAH , 20 Julai - Sokongan mahasiswa Islam Mesir terhadap isu dalam mempertahankan hak mahasiswa terbukti dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan pada Solat Hajat di Dataran Hayyu Asyir , semalam . Sekaligus menyangkal dakwaan mahasiswa Islam lesu dalam mengambil cakna isu yang berkaitan pencabulan maruah dan hak mahasiswa . " Isu hak mahasiswa adalah merupakan isu hak bersama yang perlu kita fikirkan " ujar Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman selaku Presiden PMRAM 2011 didalam ucapannya semalam . " Solat Hajat yang dilakukan adalah bukti dalam menzahirkan momentum suara mahasiswa Islam bukan perkara yang boleh diambil enteng " ujar Saudara Ahmad Baihaki bin Rashid ketika ditemui seusai program semalam yang merupakan Bendahari Kehormat PMRAM 2011 .

LIQO FUAD

Image
KAHERAH 20 Julai-Makluman kepada semua ahli BKPPPM yang menghuni asrama pulau pinang,liqo fuad (gabungan ikhwah & akhawat) akan diadakan pada 21 julai ini bertempat di dewan Soleh Al-Masri ,selepas maghrib.Kehadiran anda adalah diwajibkan.Segala kerjasama anda amat diharapkan.

PMRAM Minta Ahli Bersama-Sama Dalam Isu Mahasiswa

Image
KAHERAH , 19 Julai - Timbalan Presiden PMRAM , Abdul Aziz Ali meminta seluruh mahasiswi Islam agar bersama-sama dalam isu mahasiswa yang akan dijalankan di dataran Hayyu Asyir pada malam ini . Program solat hajat dan penerangan isu semasa yang dianjurkan oleh pihak DESAK mendapat perhatian baik di peringkat PMRAM kerana ia membincangkan isu semasa yang menimpa ke atas mahasiswa / wi Islam baru-baru ini . Selain itu , PMRAM meminta agar pihak penganjur dan semua mahasiswa Islam agar menjaga etika agar suasana yang berlangsung pada malam ini tidak mendatangkan sebarang masalah dan menimbulkan apa jua kontroversi . " PMRAM bersama-sama dengan isu mahasiswa dan kita meminta semua ahli untuk turut serta solat hajat dan penerangan isu semasa yang dianjurkan oleh DESAK . Hal ini demikian kerana , isu mahasiswa merupakan isu kita bersama ," jelas beliau ketika ditanya r

PMRAM Platform Meningkatkan Kualiti Pendidikan

Image
KAHERAH , 7 Julai - PMRAM sentiasa menitik beratkan pencapaian akademik Azhari demi mempertingkatkan taraf kualiti mahasiswa Universiti Al-Azhar . Oleh kerana yang demikian , PMRAM telah merencanakan pelbagai langkah untuk merealisasikan pencapaian tersebut sekaligus memberi persediaan secukupnya pada mahasiswa baru . Antara program yang telah PMRAM jalankan , di bawah Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM berjaya menyusun kelas bimbingan untuk mahasiswa / mahasiswi baru , mengadakan peperiksaan percubaan dan kelas pengajian tafaqquh . Ini menunjukkan bahawa PMRAM begitu memandang serius dalam memacu agenda pendidikan mahasiswa Al-Azhar . Tidak dapat tidak PMRAM merupakan medium terbaik untuk menjana kualiti pendidikan Azhari seiring dengan keperluan semasa. " PMRAM akan terus memastikan kualiti dan taraf pendidikan Azhari agar dijadikan ikon serta taulad

PMRAM Bertemu Rektor Al-Azhar

KAHERAH ,17 Julai - Langkah PMRAM dalam meneruskan usul PMRAM yang telah disepakati dalam Muktamar PMRAM yang lepas iaitu meneruskan kelangsungan mahasiswa di Mesir . Satu pertemuan hari ini telah diaturkan di antara PMRAM dan pihak pengurusan Universiti Al-Azhar di Pejabat Rasmi Rektor Universiti Al-Azhar . Pertemuan PMRAM yang diwakili Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman Presiden PMRAM 2011 dengan Dr.Usamah Al-Abd selaku Rektor Universiti Al-Azhar . Beberapa perkara yang telah diperbincangkan dalam pertemuan tersebut antaranya penghantaran mahasiswa ke muhafazah cawangan . Pihak beliau bersetuju untuk memanjangkan perkara tersebut kepada peringkat Syeikh Al-Azhar sendiri . Turut serta dalam pertemuan itu , Timbalan Presiden PMRAM 2011 Saudara Abdul Aziz bin Ali dan Saudara Ahmad Daniel bin Mohmed Hasan selaku Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Ba

Kembara Srikandi Tauladan Zaman Nabi S.A.W

Dicatat oleh HEWI PMRAM Persis permata bernilai, muslimah sejati digambarkan sebagai seorang wanita Islam yang mempunyai akhlak yang mulia, sopan tutur bicaranya, terjaga maruah dan kehormatannya serta yang paling utama iman sentiasa dipelihara agar terus subur dan mekar di dalam jiwa. Ringkasnya, kalimah keramat ini mempunyai pelbagai pentafsiran dan pengertian yang mendalam malah tidak termampu diterjemahkan dengan kata-kata. Sebagaimana sabda Nabi junjungan S.A.W yang bermaksud : “Dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita yang solehah.” Betapa besarnya kedudukan muslimah yang solehah ini melebihi dari segala perhiasan di dunia dan seluruh isinya. Menyoroti sejarah kegemilangan Islam, lahirnya ramai tokoh-tokoh pejuang muslimah yang berjiwa besar, mempunyai keimanan yang teguh lagi utuh, semangat jihad yang tinggi hingga sanggup mengorbankan apa sahaja demi membuktikan kecintaan terhadap Allah dan RasulNya. Hasil kejayaan pentarbiyyahan Baginda S.A.

Wabak Sepanjang Jalan - Sebab-Sebab Futur

Image
Penyakit Futur Futur mengandungi dua makna iaitu : a. Putus setelah bersambung, atau tenang setelah bergerak. b. Malas, lambat, perlahan, setelah rajin dan bersungguh. Menurut istilah : Futur ialah suatu penyakit yang dapat menimpa sebahagian aktivis, bahkan menimpa mereka secara praktikal (perbuatan). Tingkatannya yang paling rendah berupa kemalasan, menunda-nunda atau berlambat-lambat. Kemuncaknya ialah terputus atau berhenti sama sekali sebelumnya rajin dan terus bergerak. Allah SWT berfirman mengenai malaikat “Dan (ingatlah) Segala Yang ada di langit dan di bumi adalah milik kepunyaan Allah jua; dan malaikat-malaikat Yang ada di sisiNya tidak membesarkan diri dan tidak enggan daripada beribadat kepadaNya, dan tidak pula mereka merasa penat dan letih. Mereka beribadat malam dan siang, Dengan tidak berhenti-henti.” – (Al-Anbiya’ : 19-20) Maksudnya, mereka selalu beribadah dengan menyucikan Allah dari segala sesuatu yang tidak layak bagiNya,