EMAS`11:Ekspedisi Matruh Siwa 2011 Berjaya



KAHERAH 24 JULAI 2011 - Unit Sambutan dan Rehlah, Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir telah menganjurkan Ekspedisi Matruh Siwa 2011 (EMAS ’11)yang terdiri dari 29 ahli termasuk adhoc pelaksana. Perjalanan yang bermula jam 3 pagi 24 Julai 2011,sepatutnya bermula pada pukul 12 malam,tetapi akibat kelewatan bas, perjalanan tersebut ditunda sehingga jam 3 pagi.

Semua peserta EMAS`11 selamat tiba di Matruh pada pukul 10 pagi dan di sana aktiviti bebas sehingga waktu asar. Selepas asar perjalan diteruskan lagi ke Muzium Romell tapi tidak dibenarkan masuk disebabkan muzium masih dalam pembaik pulihan. Selepas pergi ke Muzium Romell perjalanan diteruskan ke Hamam Cleopatra dan Teluk Agiba.Pada malam tersebut semua ahli dibawa ke Pasar Libya untuk membeli belah barang-barang sebagai cenderahati sblm pulang nanti.

pada keesokan harinya,ekspedisi diteruskan lagi dengan menuju ke Siwa yang mengambil masa sekitar 3 jam dari kawasan Matruh. Setibanya di Siwa semua ahli dibawa ke Jabal Mauta kemudian diteruskan lagi ke Kota Lama Siwa atau dikenali dengan Shali Old Town dan Kota Lama Iskandar Ma’duni.Selepas melewati kawasan tersebut perjalanan diteruskan ke Ma’bad Amon Ra dan kemudiannya ke Kolam Cleopatara untuk makan tengah hari dan mandi di kolam tersebut.Selepas makan tengah hari, perjalan diteruskan lagi ke Tasik Garam yang mana tasik tersebut dipenuhi dengan garam.Selesai sahaja di Tasik Garam semua ahli dibawa ke Pekan Siwa untuk membeli belahcoklat disalut kurma , badam disalut kurma, minyak zaitun dan lain-lain lagi.Selepas selesai membeli belah, semua ahli menuju pulang ke Matruh semula dan semua acara bebas pada malam tersebut.

Pada hari terakhir iaitu,Selasa, 26 Julai ,perjalanan diteruskan pada awal pagi dengan semua ahli dibawa ke Pantai Abyad untuk mandi laut dan makan tengah hari. Selepas selesai mandi perjalanan diteruskan menuju pulang ke Kaherah dan semua peserta EMAS`11 selamat tiba di Kaherah pada pukul 10.30 malam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL