Posts

Showing posts from January, 2015

JOM KENALI KITAB..!!

Image
{ KITAB SYAMAIL MUHAMMADIYAH } Kitab Syamail Muhammadiyah dikarya oleh Imam Tirmidzi, beliau adalah al – imam al - Hafizh Muhammad bin ‘Isa bin Saurah bin Musa bin adh – Dhahhak as – Sulami at – Tirmidzi al – bughi ad – dharir . Nama gelarannya Abu ‘Isa. Selain itu, beliau merupakan salah satu ahli hadis besar yang menyusun Sunan at – Tirmidzi. Banyak ulama’ di seluruh dunia memberi pujian atas karya at – Tirmidzi ini, yang mampu mengurai keperibadian Rasullullah S.A.W. secara terperinci, melalui hadis – hadis yang shahih.  Kitab Syamail Muhammadiyah ini menceritakan tentang keperibadian Rasulullah S.A.W dan mengajak kita mengetahui tubuh badan, sifat dan aktiviti - aktiviti harian Rasulullah. Termasuk bagaimana Rasulullah berpakaian, bersikat, bersarung, berserban dan tidak hanya itu, minuman, makanan serta minyak wangi kesukaan beliau juga turut diceritakan. Dalam kitab ini menghimpunkan sebanyak 400 hadis dengan sanadnya sebagaimana kitab – kitab hadis yang lain. Dan dal

PSIKOLOGI IMTIHAN...

Image
Pernahkah anda merasa begitu berdebar semasa peperiksaan hendak dijalankan? Jantung anda berdegup dengan sungguh pantas. Tangan anda mula sejuk. Anda tidak boleh duduk diam. Anda juga rasa semakin sukar untuk fokuskan fikiran anda kepada apa yang telah anda pelajari. Apakah yang harus anda lakukan? Ada satu cara untuk mengurangkan debaran sebegini. Sedar tak, semasa anda resah dan berdebar, anda bernafas dengan laju sekali? Anda bernafas kadangkala seperti orang yang baru berlari pecut 100 meter. Bernafas dengan laju begitu akan membuat paru-paru anda sukar untuk menyerap oksigen yang anda sedut kerana anda sedut udara dan lepaskannya semula dalam masa yang sangat singkat. Cara mudah untuk menyelesaikan masalah ini ialah, pertama, duduk atau berhenti seketika. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Jika boleh tarik nafas panjang selama 7 saat. Kemudia tahan selama 7 saat juga (dalam masa yang sama tenangkan atau kosongkan fikiran anda) dan kemudian lepaskan perlahan-lahan selama 7

SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W : PAKAR BEDAH GHAIB

Image
Kambing pun Ceria Warna alam berubah daripada kuning kepada oren. Waktu Asar menjelma. Halimah tiba di kampung halaman. Tanah tandus menyambut kehadiran bayi mulia. Emmbekkkk… Bunyi kambing-kambingnya terdengar ceria. Ia baru pulang dari tempat gembalaan. Halimah menjengukkan kepala bagi meninjau binatang-binatang berjasa itu. “Ya Allah!” Halimah terkejut melihat kantung susu kambing-kambingnya bengkak. Susu bertitis-titisan minta diperah. Halimah melihat pula kambing-kambing jirannya. Kurus-kering dan tidak bertenaga. “Keberkatan apakah ini?” Halimah teruja. Hari seterusnya, jiran-jiran Halimah menggembalakan kambing mereka di tempat kambing-kambing Halimah digembala. Mereka berharap moga-moga keberkatan itu menempias kepada kambing mereka juga. Kampung Bani Saad Menjadi Subur Selama 2 tahun bayi kecil bernama Muhammad membesar dalam pelukan Halimah, keluarga itu dilimpahi rezeki yang mencurah-curah. Tanah gersang menjadi subur. Kambing kurus m