Posts

Showing posts from November, 2018

Laporan Combo Campaign 2018/2019

Image
17 November 2018, Telah berlangsung dengan jayanya majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2018/2019 serta pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok di Dewan Soleh Al Masri. Majlis bermula jam 7.30 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Muhammad Abdullah Bin Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhammad Irham Bin Izhar,  diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Mohd Syamil Uzair Bin Zainal, Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan oleh saudara Zul Arief Bin Zulkepli, Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Muhamad Nur Aiman Bin Mohd Zuki, Ketua Lajnah Dakwah oleh saudara Muhammad Syahir Bin Abd. Rahman dan diakhiri dengan Bendahari Agung saudara Mohamad Hamizan Bin Che Sab . Kemudian, majlis diteruskan dengan pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok oleh s

Apakah tidak jelas lagi, ICERD ini wajib dibantah?

Image
BANTAHAN ICERD Definisi ICERD adalah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum ( International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination) yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel. Konvensyen ini dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969, hingga hari ini Malaysia tidak mengesahkannya. Sebanyak 15 buah negara tidak mengesahkan Konvensyen tersebut termasuk Malaysia, Brunei dan Israel. Apakah yang diperuntukkan oleh ICERD? Antaranya takrifan "diskriminasi kaum" yang bermaksud "sebarang   perbezaan", pengecualian, sekatan, atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, dan keturunan. Secara ringkasnya, ia memberi kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi. Selain itu, konvensyen ini memperuntukkan juga diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan. Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan