Posts

[ MINDA PIMPINAN | SABAR DAN SYUKUR ]

Image
SABAR DAN SYUKUR Kehidupan manusia di dunia ini tentu tidak terlepas dari berbagai hal yang terjadi, baik itu yang disenangi mahupun tidak. Namun, seorang muslim yang sejati haruslah mengingati bahawa semua hal yang terjadi pada kehidupannya sudah ada dalam kehendak Allah, Sang Pengatur takdir manusia. Sehingga dengan menyedari bahawa semua hal yang terjadi pada hidup kita hakikatnya datang dari Allah SWT, dapat menanamkan sikap sabar dan syukur atas segala pemberian dari-Nya. ➡️ Pengertian Sabar dan Syukur Sabar berasal dari kata “Shabara-Yashburu-Shabaran”: iaitu ketundukan penerimaan apa-apa yang telah Allah berikan baik kesenangan atau kesedihan. Sedangkan syukur berasal dari kata al-syukur (الشكور) atau al-syukru (الشكر). Kata al-syukur merupakan isim mashdar yang berasal dari kata “Syakaro-Yasykuru-Syukron-Wasyukuron” kata ini terambil dari madah (ش ك ر) ertinya berterima kasih atau ucapan/pernyataan terima kasih. Imam Ibnu Qoyyim Al-jauziyah mendefinisikan sabar deng

MINDA PIMPINAN | KEISTIMEWAAN BULAN SYAWAL

Image
Keistimewaan Bulan Syawal  Bulan Syawal merupakan bulan penanda kemenangan bagi umat muslim, khususnya menang setelah satu bulan penuh beribadah khusyuk di bulan Ramadan. Penanda kemenangan ini diawali dengan Hari Raya Aidilfitri pada 1 Syawal. Selain bulan Ramadan, bulan Syawal juga merupakan salah satu bulan terbaik dalam Islam. Banyak amal ibadah yang dianjurkan untuk dilaksanakan di bulan Syawal ini. Salah satunya adalah puasa sunat 6 hari di bulan Syawal. Bulan Syawal adalah bulan kembalinya umat muslim kepada fitrahnya, diampuni semua dosanya setelah melakukan ibadah Ramadan sebulan penuh. Pada tanggal 1 Syawal, umat muslim kembali makan pagi dan diharamkan untuk berpuasa pada tanggal tersebut. Datangnya bulan Syawal membawa kemenangan bagi umat muslim yang berjaya menjalani ibadah puasa sepanjang Ramadan, dan menjadi lambang kemenangan dari ‘peperangan’ menentang musuh dalam jiwa yang besar, iaitu hawa nafsu. Tanggal 1 Syawal seluruh umat Islam di seluruh dunia mengu

MINDA PIMPINAN | RAMADAN BULAN TARBIAH

Image
Ramadan Bulan Tarbiah بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه Firman Allah SWT :- { یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ } [Surah Al-Baqarah: 183] Ramadan merupakan salah satu bulan yang mulia dalam Islam. Bulan ini terkenal dengan kelebihan dan fadhilatnya yang amat besar serta tinggi ganjaran pahala disisi-Nya. Bulan ini juga difardhukan ke atas umat Islam agar berpuasa selama sebulan sebelum menjelangnya Syawal sebagai hari kejayaan umat Islam. Persoalannya bagaimanakah bulan tarbiah ini benar-benar dapat mendidik umat Islam? Kesabaran Bulan Ramadan dan juga kesabaran saling melazimi antara satu sama lain. Seperti mana yang kita sedia maklum, kita diwajibkan untuk berpuasa. Oleh itu, dengan puasa kita mesti menahan diri daripada makan dan minum di siang hari. Maka dengan berpuasalah secara tak langsung dapat mengajar

MINDA PIMPINAN | CARA ISLAM BERFIKIR

Image
CARA ISLAM BERFIKIR بسم الله الرحمن الرحيم  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Akal merupakan anugerah Allah yang paling besar kepada manusia. Akal yang dimiliki inilah yang membezakan kita dengan makhluk Allah yang lainnya dan sekaligus menempatkan manusia di kedudukan tertinggi di sisi Allah. Quraisy Shihab dalam bukunya, Wawasan Al - Quran , telah menukilkan bahawa akal adalah keistimewaan yang menjadikan manusia itu hebat dan ia perlu digunakan sebaiknya untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi Allah. Jelaslah bahawa akal itu simbolik kepada pentingnya seorang manusia itu menjaga cara pemikirannya dari syubhat dan fitnah dengan berfikir berlandaskan fikrah yang benar iaitu fikrah Islamiah . Frasa ‘Fikrah Islamiah’ sering didengari tetapi masih tidak difahami dan dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat Islam. Secara umumnya, frasa tersebut terkait dengan dua perkataan iaitu berfikir dan Islam. Tuntasnya, kita dapat simpulkan bahawa fikrah Islamiah ini membawa

MINDA PIMPINAN | ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN

Image
             ISTIQAMAH DALAM KEHIDUPAN                         بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah, kita memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah Rabbul Jalil di atas kurnia-Nya.Salam selawat kita panjatkan buat Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW di atas Baginda menyampaikan dakwah Islam kepada kita semua. Allah SWT menyebutkan kepada Rasul-Nya yang menjadi teladan kepada seluruh manusia sebagaimana firman-Nya: { فَٱسۡتَقِمۡ كَمَاۤ أُمِرۡتَ وَمَن تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ۚ إِنَّهُۥ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِیرࣱ } Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh berada atas jalan yang benar sebagaimana yang diperintahkan kepadamu;, dan (juga) orang-orang yang telah bertaubat bersamamu berbuat demikian; dan janganlah kalian melampaui batas hukum-hukum Allah; sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kalian kerjakan. [Surah Hûd: 112] { وَلَا تَرۡكَنُوۤا۟ إِلَى ٱلَّذِینَ ظَلَمُوا۟ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِیَاۤءَ ثُمّ

MINDA PIMPINAN | SATU UMAT SATU KIBLAT

Image
SATU UMAT SATU KIBLAT بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على اشرف انبياء والمرسلين وعلى اله واصحابه ومن تبعه باحسان الى يوم الدين , اما بعد .    Persatuan umat islam merupakan salah satu maqasid syariah yang penting dalam agama Islam . Maka , telah menjadi tanggungjawab individu untuk bergerak bersama dalam satu jemaah untuk membawa satu tujuan yang sama iaitu tegaknya islam secara kaffah. Hal ini kerana Al-Quran dan Hadis sentiasa menyeru kepada umat Islam supaya hidup dalam bingkai jamaah . Sebagaimana dalam Firman Allah SWT :    اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِيْ سَبِيْلِهٖ صَفًّا كَاَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَّرْصُوْصٌ    “Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh’’         (surah As-saff :4)    Ayat ini menunjukkan kecintaan Allah kepada hamba-hambaNya yang beriman . Apabila mereka berbaris dengan teratur menghadapi musuh-

MINDA PIMPINAN | ERTI SEBUAH PENGORBANAN

Image
ERTI SEBUAH PENGORBANAN Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Erti Pengorbanan Pengorbanan berasal dari kata korban, sedang korban sendiri merupakan kata yang berasal dari bahasa Arab yaitu dari; qaruba (قَرُبَ) yang bermaksud Dekat Sedangkan menurut istilah bererti merelakan sesuatu yang berharga sama ada harta, tenaga bahkan nyawa untuk diberikan kepada sesuatu yang kita cintai demi meraih kedekatan. Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al Quran Surah At Taubah ayat 99; وَمِنَ ٱلْأَعْرَابِ مَن يُؤْمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلْيَوْمِ ٱلْـَٔاخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنفِقُ قُرُبَـٰتٍ عِندَ ٱللَّهِ وَصَلَوَٰتِ ٱلرَّسُولِ ۚ أَلَآ إِنَّهَا قُرْبَةٌۭ لَّهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ ٱللَّهُ فِى رَحْمَتِهِۦٓ ۗ إِنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌۭ رَّحِيمٌۭ (٩٩) (AT-TAUBAH 9:99) Di antara orang-orang Arab Badwi itu ada orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan memandang apa yang dinafkahkannya (di jalan Allah) itu, sebagai jalan untuk mendekatkannya kepada Allah dan seba