Posts

Showing posts from December, 2013

Kenyataan Rasmi PMRAM : Isu Surat Makluman Untuk Tidak Layak Menetap Di Asrama Pulau Pinang, Mesir

Image
Isu surat tidak layak menduduki Asrama Pulau Pinang, Mesir yang digembar-gemburkan oleh media rasmi ISMA Mesirsesungguhnya menimbulkan polemik dan persepsi buruk dalam kalangan pelajar terutama melibatkan PMRAM yang dituduhmelakukan perkara tersebut. Sebagai usaha menjernihkan keadaan yang berlaku, PMRAM tampil dengan mengeluarkankenyataan ini untuk penelitian semua pihak. Pihak pimpinan ISMA Mesir sepatutnya mendapatkan penjelasan yang terperinci daripada pihak yang berautoriti sebelum mengulas dan membuat kenyataan rasmi kepada pihak luar. Namun, hal demikian tidak berlaku sebaliknya kenyataan terus dibuat tanpa pertanyaan dan penjelasan daripada pihak yang terlibat sekaligus menimbulkan tanggapan buruk dan mencalar maruah serta reputasi PMRAM sebagai persatuan induk anak-anak Malaysia di Mesir ini dan dikenali di peringkat yang lebih meluas sama ada Mesir, Malaysia dan negara-negara yang lain. Isu sensitif seperti ini sepatutnya ditangani dengan baik dan berhemah lebi

KENYATAAN RASMI YDP BKPPPM BERHUBUNG ISU SURAT UNTUK TIDAK LAYAK MENETAP DI ASRAMA

Image
Bismillahirrahmanirrahim. 1) Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) dengan ini menafi sekeras-kerasnya keterlibatan Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dalam hal ini, seperti yang dinyatakan dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh ISMA Mesir. Perkara ini hanya melibatkan antara BKPPPM dan Muhamad Ruysdan bin Muhamad Yusup sahaja.  Berkenaan dengan penggunaan letterhead dan logo PMRAM, ini merupakan keselarasan bagi semua badan kebajikan yang bernaung di bawah PMRAM. Pihak ISMA Mesir seharusnya mendapat penjelasan terlebih dahulu daripada pihak PMRAM dan BKPPPM sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Oleh yang demikian, kami meminta agar pihak ISMA Mesir memohon maaf secara terbuka dan membersihkan nama PMRAM di atas tuduhan yang dilemparkan. 2) BKPPPM adalah persatuan rasmi yang diamanahkan dan dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dalam mengurus dan mentadbir asram

KRONOLOGI SURAT MAKLUMAN UNTUK TIDAK LAYAK TINGGAL DI ASRAMA

Image
4 November 2013 - Telah diadakan perjumpaan bersama pelajar baru untuk mengisi borang keahlian PMRAM dan BKPPPM. Saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup telah mempersoal berkaitan pengakuan dibelakang borang PMRAM. Beliau menyatakan keterlibatannya dalam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan beliau juga memaklumkan bahawa akan tinggal sementara sahaja di Asrama Pulau Pinang memandangkan rakan dari ISMA Mesir yang ingin mengambilnya masih berada di Malaysia. Dalam tempoh ini, pihak BKPPPM mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan beberapa program di peringkat Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB). 20 November 2013 - Diadakan sesi temuduga keahlian bagi pelajar baru. Pihak BKPPPM memberi tempoh selama 3 hari untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dirinya sama ada memilih Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir atau ISMA Mesir. 23 November 2013 - Saudara Muhamad Rusydan Bin Muhamad Yusup memilih untuk bersama ISMA Mesir dan ingin terus berada di Asrama Pulau Pinang tetapi